Sekolah Kebangsaan Chepir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Chepir
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah4694913
Kod sekolahKBA8002
Guru besarAbdul Razak bin Che the
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Chepir atau nama ringkasnya SK Chepir, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Chepir merupakan sebuah sekolah yang tertua di kawasan kampung ini. Tarikh penubuhan sekolah ini bermula sekitar tahun 1938. Asas penubuhannya bermula dengan penubuhan Syarikat Kematian. Ketika itu, syarikat ini dipengerusikan oleh Allahyarham Che Man bin Haji Putih yang tinggal di Alor Setar Kedah. Jawatankuasa perintis kepada penubuhan sekolah ini terdiri daripada :

  • Haji Senawi bin Haji Musa - Pengerusi
  • Haji Hussain bin Lateh - Ajk
  • Haji Che Wan bin Ahmad - Ajk
  • Mahmud bin Yaakob - Ajk

Hasil daripada mesyuarat, mereka memohon untuk mendirikan sebuah Sekolah Rakyat (Rendah). Tapak sekolah ini asalnya kepunyaan En.Ahmad bin Baha. Kawasan persekitarannya ialah hutan tebal seluas 1.755 hektar. Setelah mendapat kelulusan daripada pemerintah ketika itu, pembinaan sekolah ini diadakan secara gotong-royong yang terdiri daripada masyarakat setempat seperti penduduk Kampung Belimbing, Kg. Jelutung, Kg. Sireh dan sekitarnya. Banggunan asal sekolah ini merupakan sebuah bangsal yang beratapkan bertam dan bertiangkan kayu bulat (kayu bukit). Sebanyak enam buah bilik darjah dibina pada mulanya dan termaktublah sepenuhnya sekolah ini pada tahun 1939. Jawatankuasa baru telah dilantik selepas bangunan sekolah ini beroperasi iaitu terdiri daripada:

  • En. Ahmad bin Diah - Kg. Belimbing
  • En. Jusoh - Kg. Bendang Man
  • En.Taib bin Din - Kg. Chepir

Tenaga pengajar yang menjadi perintis di sekolah ini adalah melalui pemilihan yang diadakan dan berpusat di Gurun. Faktor pemilihannya berdasarkan kepada kecekapan menulis dan membaca Jawi. Dalam pemilihan ini, En. Hussain bin Din telah berjaya. Jumlah murid ketika itu adalah seramai 40 orang. Selepas tiga tahun penubuhannya, jumlah guru ditambah dengan bayaran gaji sebanyak RM13.00 sebulan. Di samping itu, masyarakat sekitar juga membantu dengan menyumbang secupak beras dan duit sebanyak 50 sen. Ketika itu, semua guru tinggal di rumah Allahyarham Che Mat bin Daud. Setelah tamat Perang Dunia Ke-2, jumlah guru meningkat kepada 4 orang manakala murid seramai 100 orang. Antara tenaga pengajar ketika itu ialah Cikgu Ali, Cikgu Mat, Cikgu Shuib dan Ustaz Hamid. Empat tahun setelah perang berlalu, tambahan bangunan dan ubah suai telah dilakukan. Bangunan baru yang dibina berdinding papan dan bercat minyak ketika pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah. Perasmian sekolah ini telah dilakukan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim, Raja Muda Kedah ketika itu. Bangunan sekolah pada masa itu terdiri daripada bangunan bilik darjah (6 bilik), rumah guru, tandas dan kantin. Pentadbir sekolah (guru besar) ketika itu ialah En. Hussain bin Din.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]