Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh
Lokasi
 Malaysia Taboh Naning, 78000, Alor Gajah,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah06-5528941
Kod sekolahMBA0036
Faks6065528941
sek tercinta

Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh atau nama ringkasnya SK Cherana Puteh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Taboh Naning.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh memiliki 97 pelajar lelaki dan 109 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 206 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh asalnya bertempat di Bilik Bacaan Taboh Naning. Bangunannya diperbuat daripada papan dan beratapkan rumbia. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1890. Pada masa itu jumlah muridnya hanya seramai 30 orang sahaja dengan seorang tenaga pengajar.

Pada tahun 1894, sekolah ini kemudiannya dipindahkan di Lot 855 Batu 20 ¾ , Kampung Lanjut yang terletak di Suak Cherana Puteh. Bangunannya pada masa itu beratapkan genting dan dindingnya batu-bata berukuran 40 kaki panjang dan 20kaki lebar. Bangunan ini didirikan atas sebidang tanah yang berkeluasan 1 ekar 2 rood 13 pol.


Bangunan tambahan telah dibina pada tahun 1969. bangunan tambahan ini terdiri daripada 2 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Di samping itu, terdapat juga sebuah kantin, sebuah tandas pam dan sebuah perigi yang diperbuat daripada simen bagi kemudahan para pelajar.


Pada tahun 1986, bangunan ini telah dirobohkan kerana terlalu uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Bangunan yang roboh ini digantikan dengan sebuah bangunan tiga tingkat seperti sekarang. Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik guru, sebuah pejabat, dan 4 buah bilik air/tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.

Kini sekolah ini telah mempunyai dua blok bangunan setingkat dan tiga tingkat. Di samping itu, memiliki sebuah bangunan bengkel kemahiran hidup, bangunan makmal komputer dan sebuah kantin.


Mengikut Rancangan Kerajaan Kesembilan, sekolah ini akan memiliki sebuah blok bangunan empat tingkat yang akan dibina mungkin pertengahan tahun 2008. Pembinaaan blok ini akan mengakibatkan bangunan blok satu tingkat, kantin dan bengkel kemahiran hidup terpaksa dirobohkan. Ini semua hanyalah perancangan kerajaan…..

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh
Taboh Naning
78000, Alor Gajah
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-5528941
Fax = 6065528941

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

gambar sekolah