Sekolah Kebangsaan Chohong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Chohong
Lokasi
 Malaysia Km 40 Kampung Chohong, 77000, Jasin,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6065246568
Kod sekolahMBA1012
Faks6065246568


Sekolah Kebangsaan Chohong atau nama ringkasnya SK Chohong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 40 Kampung Chohong.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Chohong memiliki 57 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 94 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum perang Jepun, anak-anak penduduk Kampong Chohong bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chinchin. Mereka yang tinggal berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Chinchin sahaja yang bersekolah. Bagi murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah, mereka tidak dapat bersekolah.

Penduduk Kampong Chohong bersama Datuk Demang Haji Mahmud kemudiannya telah membuat keputusan untuk memastikan semua anak-anak penduduk Kampong Chohong dapat bersekolah. Mereka bersepakat untuk mendirikan sebuah sekolah yang terletak di Kampong Chohong.

Hasilnya pada tahun 1948, Sekolah Melayu Kampong Chohong telah didirikan oleh penduduk Kampong Chohong secara bergotong royong. Bangunan yang didirikan berukuran 16 x 32 kaki beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah. Datuk Demang Haji Mahmud telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan sekolah Melayu Kampong Chohong.

Selain daripada Datuk Demang Haji Mahmud, Datuk Sudang Ismail dan bekas penghulu Abdul Kadir ialah orang yang turut memberi sumbangan dan bertanggungjawab sehingga terdirinya Sekolah Melayu Kampong Chohong.

Pada 14 Februari 1949, kerajaan telah mengambil alih pentadbiran dan menukar nama kepada Sekolah Melayu Chohong. Cikgu Baba Bin Hj.Jonid telah ditugaskan mengajar 45 orang murid di sekolah berkenaan. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Chohong.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Chohong
Km 40 Kampung Chohong
77000, Jasin
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065246568
Faks = 6065246568

Pautan luar[sunting | sunting sumber]