Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2)
Lokasi
144, Jalan Parameswara, 75000, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTULUS DENGAN FADILAH
AZAM DENGAN BAKTI
Nombor sekolah06-2823507
Kod sekolahMBB2049
Faks6062823507
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) atau nama ringkasnya SK Convent Of The Infant Jesus (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di 144, Jalan Parameswara, Melaka

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) memiliki 0 pelajar lelaki dan 550 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 550 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

SK Convent Infant Jesus 2, Melaka ditubuhkan pada tahun 1964. Guru Besar yang pertama adalah Sister John Bosco (1964-1977).

Visi Sekolah: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi Sekolah: Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

Motto Sekolah: Tulus Dengan Fadilah (Simple In Virtue) bermakna sikap jujur dan amanah supaya kita dapat hidup bersama dalam semangat kekeluargaan. Azam Dengan Bakti (Steadfast In Duty) pula membawa erti kesedaran tentang kewajipan kita berkhidmat untuk orang lain.[1]

Slogan Sekolah: Pendidikan cemerlang, CIJ2 terbilang.[2]

Lencana Sekolah: Lencana SK CIJ2 adalah lencana antarabangsa dan digunakan oleh semua penuntut di seluruh dunia. Bahagian tengah lencana ini berwarna merah dengan jaluran perak bertepikan emas. Warna merah melambangkan kasih Tuhan yang menyelubungi alam ini. Sebelah kanan terdapat simbol kitab suci. Ajaran-ajaran agama menjadi pegangan semua umat. Tiang rahat dan gendelung di sebelah kiri pula melambangkan usaha. Bintang yang terletak di atas perisai melambangkan cahaya gemilang yang memandu kita ke jalan yang benar. Kalungan bunga marguerite yang mengelilingi perisai ialah lambang kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri sendiri. Keseluruhannya, lencana ini adalah lambang kemuliaan. Ia menunjukkan semangat pelajar CIJ2 yang tersendiri.[3]

Bendera Sekolah: Warna biru - lambang watak sekolah iaitu 'Tekun & Rajin Berusaha'. Warna putih - lambang kesucian dan kejujuran terhadap Tuhan, jiran tetangga dan diri sendiri. Warna kuning - lambang cahaya gemilang yang memandu ke jalan yang benar.[4]

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]


Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2)
144, Jalan Parameswara
75000, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 06-2823507
Fax = 6062823507


  1. Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2), Melaka

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]