Sekolah Kebangsaan Dalam Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dalam Wang
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0194732123
Kod sekolahKBA0009
Laman sesawang
skdalamwang@gmail.com
Map


Sekolah Kebangsaan Dalam Wang atau nama ringkasnya SK Dalam Wang, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah SK Dalam Wang bermula pada tahun 1963 apabila sebidang tanah telah diwakafkan untuk membangunan pendidikan penduduk setempat. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengendalikan pembinaan sekolah.

Tn Haji Zin bin Haji Ahmad dari Kelantan merupakan Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Dalam Wang, namun sekolah ini hanya mampu bertahan selama 18 bulan sahaja kerana pentadbiran sekolah mengalami pelbagai masalah sehingga terpaksa ditutup.

Satu lagi jawatankuasa telah dibentuk dan bersama Tn Hj Ahmad JP dari Kupang dan Tn Hj Daud bin Mohamad dari Bongor, sebuah bangunan baru yang mempunyai tiga bilik darjah dapat dibina. Tapak sekolah ini dibeli daripada pengusahanya dengan bayaran wang yang dikumpul daripada orang ramai dengan harga dua ratus ringgit.

Dalam satu mesyuarat sekolah-sekolah, terdapat cadangan agar Sekolah Dalam Wang dijadikan Cawangan Sekolah Pulai. Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh Guru Besar Sek Pulai, En Ashaari. Seminggu kemudian JPN telah menghantar En Hashim bin Cik Sebagai Guru Besar dan En Ahmad bin Bakar sebagai Guru Penolong.

Beberapa tahun kemudian, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru di atas tapak seluas 4.5 ekar dan dirasmikan oleh YAB MB Kedah, Datuk Syed Omar Sahabuddin pada 23 Mac 1963.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]