Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah
MotoMAJU TERUS MAJU
Ditubuhkan1885
Dirasmikan (1980-10-02) 2 Oktober 1980 (umur 38)
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahNBA5004
LokasiKm 2 Jalan Gemencheh Lama 73200, Gemencheh,, Negeri Sembilan Darul Khusus,  Malaysia
Telefon6064317317
Faks6064317317


Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah atau nama ringkasnya SK Datuk Abdullah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 2 Jalan Gemencheh Lama.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah memiliki 276 pelajar lelaki dan 286 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 562 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah pada awalnya dibuka sebagai Sekolah Melayu Gemencheh pada tahun 1885. Pada tahun 1960 ia telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh. Kemudian pada tahun 1980, namanya ditukar sekali lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH. GEMENCHEH mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh. Sekolah ini terletak kira-kira 2 km daripada pekan Gemencheh dan 30 km daripada pekan Tampin.

Menyingkap sejarah awalnya, sekolah ini hanya merupakan sebuah pondok beratap rumbia dengan 23 orang murid darjah 1 hingga 5 dibawah pentadbiran Guru Besarnya, Cikgu Mohd Amin dan dibantu oleh Cikgu Sidek.

Pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran adalah dalam keadaan tidak selesa kerana tiada kemudahan fizikal. Murid-murid hanya duduk bersila di atas tanah, menulis di atas papan batu tanpa buku latihan dan buku bacaan.

Serentak dengan sambutan Jubli Intan, sempena 85 tahun penubuhannya, sekolah ini telah bertukarnamanya sekalil lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH, sempena nama Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh, iaitu Datuk Abdullah bin Saat “Datuk Orang Kaya Setiawan luak Gemencheh”

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan tenaga pengajarnya hanya 2 orang sahaja dengan bilangan murid seramai 23 orang, kini Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah mempunyai 37 orang guru, 11 orang kakitangan bukan guru dengan 586 orang murid.

Selaras denga usianya ke-101 tahun, bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1954 telah disahkan oleh JKR tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu pada sesi persekolahan 1995/96 ini,pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Untuk menampung kekurangan itu, murid-murid tahun satu telah ditempatkan di bangunan lama (yang dibina pada tahun 1914) yang telah dibaik pulih.

Memandangkan pertambahan murid dari tahun ke tahun, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru atas rumah pada tahun 1905 tetapi malangnya telah terbakar pada tahun 1914. sebuah banhunan baru telah didirikan pada tahun itu juga.

Pada tahun 1954, sebuah lagi bangunan baru dengan 4 buah bilik darjah dan sebuah stor telah dibina. Pada tahun itu, darjah khas (daripada) yang dulunya di sekolah Kebangsaan Gedok telah dipindahkan ke sini.

Dengan perkembangan pesat arus membangunan Negara, pada tahun 1960, sebuah lagi bangunan dengan 4 buah bilik darjah didirikan. Pada tahun itu murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Rokan dihantar belajar ke sini. Dengan pemusatan murid-murid itu, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh.

Pada tahun 1975 hingga1976, murid-murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan Gemencheh dipindahkan ke sini setelah bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, pejabat guru besar, pejabat pentadbiran, bilik guru dan kantin diap dibina. Bangunan tiga tingkat ini dirasmikan pada 2 Oktober 1980 oleh YAB Datuk Rais bin Yatim, DSNS, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah
Km 2 Jalan Gemencheh Lama
73200, Gemencheh
Negeri Sembilan,  Malaysia
Telefon = 6064317317
Fax = 6064317317

Pautan luar[sunting | sunting sumber]