Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang
Lokasi
Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, 81900, Kota Tinggi,, Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSKDUA MAJU TERUS MAJU
Ditubuhkan1 Disember 1994
Nombor sekolah0078834233
Kod sekolahJBA3057
PengetuaMOHD RAZALI BIN AHMAD
GPK Pentadbiran dan AkademikAZNIDA BT MOHD. SAID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFAZILAH BTE HARUN
Penolong Kanan KokurikulumMOHD. SYAZUAN BIN IBRAHIM
Faks0078834233
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang atau nama ringkasnya SKDUA, Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Raya, Kota Kecil. Namanya diambil sempena Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) yang merupakan Sasterawan Negara Malaysia.

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang memiliki 505 orang murid. Ia mempunyai seramai 54 orang guru & 8 orang kakitangan sokongan2020

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kota Jaya mula dibuka pada 1 Disember 1994.  Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Kota Tinggi.  Sekolah ini diapit oleh 3 buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Laksamana Kota Tinggi.  Walaupun sekolah ini terletak di Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, namun pada asalnya pelajar-pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak penghuni perumahan Taman Kota Jaya yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

           Sekolah Kebangsaan Kota Jaya dibina di atas kawasan seluas 2 ekar.  Ia terdiri daripada 2 blok bangunan tiga tingkat dan sebuah kantin.  Sekolah ini juga mempunyai 4 kelas Pendidikan Khas untuk pelajar bermasalah pembelajaran di Kota Tinggi.  Kelas Pendidikan Khas ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kota Jaya pada tahun 1997 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi.

           Mulai tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah mengalami perubahan yang ketara di mana pengurangan murid berlaku iaitu dari 785 orang kepada 440 orang.  Ini disebabkan pelajar-pelajarnya yang beralamat di Taman Kota Jaya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya yang baru dibuka mulai tahun 2002.  Pada ketika itu murid-murid Sekolah Kebangsaan Kota Jaya terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Kampung Jawa, Berek JKR, Taman Kota, Batu 2, Taman Hijrah dan Berek Polis.            

           Pada 2002  nama Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah ditukarkan secara rasmi kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang Kota Tinggi mengambil sempena nama Tokoh Sasterawan Negara yang berasal dari Tanjung Sedili Kota Tinggi.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang
Jalan Bunga Raya, Kota Kecil
81900, Kota Tinggi
Johor,  Malaysia
Telefon = 0078834233
Fax = 0078834233

Pautan luar[sunting | sunting sumber]