Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris
Lokasi
 Malaysia Jalan Tahang Rimau., 85000, Segamat,, [Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6079313918
Kod sekolahJBB7044
Faks6079313918


Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris atau nama ringkasnya SK Datuk Wan Idris, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tahang Rimau..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris memiliki 144 pelajar lelaki dan 120 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 264 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum merdeka, sekolah ini bergabung dengan sekolah menengah dengan nama Segamat Government English School di bagunan Segamat Secondary School (sekarang Sekolah Tinggi Segamat). Pada September 1957, pentadbiran sekolah menengah dan rendah diasingkan.

Sekolah rendah diberi nama Bukit Hampar Primary School Segamat. Jumlah muridnya 1035 orang dan mempunyai 22 buah bilik darjah. Pada tahun 1958, bilangan murid terlalu ramai menyebabkan sekolah ini dipecah dua, satu sesi pagi dan satu lagi sesi petang. Sesi sebelah pagi ialah Bukit Hampar Primary School 1. Guru Besar pertamanya ialah En.Soo Kum Chin dan En.Mohan Singh sebagai Guru Penolong Kanan.

Pada bulan Januari 1958, Bukit Hampar Primary School 1 mendapat bangunan baru di Jalan Tahang Rimau dengan keluasan tapak 9e; 7r; 6p mengandungi satu bangunan papan yang mengandungi enam bilik darjah. Nama sekolah ditukar menjadi Primary English School Segamat.

Tahun 1963, Primary English School Segamat II belajar di sebelah petang (sekarang SK Bukit Hampar). Pada tahun 1997, Primary English School Segamat I bertukar nama menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Wan Idris, sempena nama Menteri Besar Johor ke-9 (1 Oktober 1955-16 Jun 1959).

Tahun 1997, sekolah ini menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan namanya menjadi Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris. Pada tahun 2004, Prasekolah mula dibuka dengan murid 16 orang. Pada tahun 2005, Pendidikan Khas dibuka dengan dengan murid 3 orang. jQAF bermula tahun 2007.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris
Jalan Tahang Rimau.
85000, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 6079313918
Fax = 6079313918

Pautan luar[sunting | sunting sumber]