Sekolah Kebangsaan De La Salle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan De La Salle
Lokasi
 Malaysia Jalan ISK andar, 31900, Kampar,, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054661298
Kod sekolahABB2096
Faks6054661298


Sekolah Kebangsaan De La Salle atau nama ringkasnya SK De La Salle, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan ISK andar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan De La Salle memiliki 122 pelajar lelaki dan 116 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 238 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan De La Salle adalah sekolah bertaraf luar bandar yang terletak di Jalan Iskandar, Kampar. Sekolah ini berhampiran dengan Kampung Batu Berangkai dan Kampung Padang Tembak.

Sekolah mula beroperasi pada 4 Mei 1953 dan nama asalnya ialah St.Michael’s Institution Kampar Branch. Lokasi asal sekolah ini ialah di tepi gereja Katolik, Jalan Iskandar, Kampar. Ketika itu hanya 5 orang murid lelaki sahaja belajar di sekolah tersebut. Guru Besar pertama yang bertugas ialah Encik Chye Kar Loke. Pada tahun 1955, murid telah bertambah dan 4 buah bilik darjah telah di buka untuk menempatkan murid tahun 1,2,3 dan kelas tadika. Pada 31 Oktober 1956 sekolah telah berpindah ke bangunan yang ada sekarang di jalan Iskandar dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan De La Salle, Kampar. Murid-muridnya terdiri daripada Tahun 1 hingga ke Tahun 6 termasuk kelas Tadika. Semuanya terdiri dari lelaki sahaja kecuali kelas tadika yang bercampur.

Dari Tahun 1963-1965, Kementerian Pelajaran Malaysia menggunakan sekolah ini untuk ‘Kelas Pelajaran Lanjutan’ pada sesi petang. Pada tahun 1963 juga kelas kanak-kanak cacat pendengaran telah dibuka. Pada tahun 1970, 6 buah bilik darjah lagi telah dibina melibatkan jumlah perbelanjaan RM40.000.00. Peruntukan ini ialah dari kerajaan pusat dan derma dari orang ramai.

Buat masa kini murid-murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Sebahagian besar dari mereka datang dari Kampung Batu Berangkai, Kg Padang Tembak, Sg Kroh, Temoh dan kawasan perumahan yang berhampiran.

Reverend Brother Patrick o’Donovan (Pengarah St. Michael’s Institution, Jun 1938 – Mac 1948) merupakan orang yang bertanggungjawab mendirikan sekolah ini melalui pembelian rumah-rumah penduduk Melayu untuk dijadikan sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan De La Salle
Jalan ISK andar
31900, Kampar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6054661298
Fax = 6054661298

Pautan luar[sunting | sunting sumber]