Sekolah Kebangsaan Dendang, Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dendang, Terengganu
Lokasi
Kg. Dendang, Bukit Besi ,, Dungun,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+6-09-8385924
Kod sekolahTBA1017[1]
Guru besarEn Abdullah Bin Salleh
Faks+6-09-8385924
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Dendang merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Dendang, Bukit Besi , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dendang memiliki 79 pelajar lelaki dan 54 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 133 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dendang pada awalnya merupakan sebuah sekolah rakyat yang diasaskan oleh Allahyarham Tuan Haji Muhammad Bin Tahir. Lokasi asalnya adalah di sebuah perkampungan awal dipinggir sungai.

Mulai tahun 1956, tanggungjawab tersebut telah diambil alih oleh

Kerajaan pusat kemudiannya telah membina satu blok bangunan yang diperbuat daripada kayu pada tahun 1956, termasuk dua unit rumah guru telah dibina bersama-sama blok kayu tersebut.

Bilangan pelajar yang semakin meningkat menyebabkan berlakunya kesesakan dan pada tahun 1984, kerajaan pusat telah meluluskan pembinaan blok bangunan kilat bagi menampung kapasiti murid yang makin bertambah itu, yang dikuti dengan satu blok kantin yang dibina pada tahun 1986.

Satu blok bangunan kelas serta pejabat pula telah dibina pada tahun 1987. Seterusnya pada tahun 1997, sekolah ini telah mendapat bangunan 3 tingkat, yang mula digunakan pada awal tahun 1998. Pada Ogos 2009 pembinaan satu blok bangunan 4 tingkat dan satu blok bangunan kantin dimulakan di tapak bangunan setingkat yang lama dan mula diduduki mulai 20 Jun 2011.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dendang
Kg. Dendang, Bukit Besi , Dungun , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098385924
Fax = 6098385924

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]