Sekolah Kebangsaan Dewan Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
Lokasi
 Malaysia Kampong Dewan Besar, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berdidikasi
Nombor sekolah6099765362
Kod sekolahDBA2166
PengetuaEN ABD. ALIM BIN ALI AMAT
GPK Pentadbiran dan AkademikPN CHE HANISAH BT MAT YAACOB
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN SITI RASNI BT HAMZAH
Penolong Kanan KokurikulumEN SHAMSUDDIN BIN HASSAN
Faks6099765362
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Dewan Besar atau nama ringkasnya SK Dewan Besar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Dewan Besar. SK Dewan Besar dikategorikan sebagai sekolah harian biasa luar bandar.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar memiliki 254 pelajar lelaki dan 211 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 465 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

MOTO

"Berusaha Berilmu Berjaya"

VISI

Melahirkan Murid Yang Berilmu Bersahsiah Mulia Dan Sihat serta Persekitaran Sekolah Yang kondusif MISI

Bersama-sama berusaha untuk melaksanakan dan mewujudkan budaya :

  1. Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan
  2. Pengurusan Disiplin Yang Cemerlang
  3. Pengurusan Pembangunan Sahsiah Yang Menyeluruh
  4. Pengurusan Kebajikan Murid Yang Cemerlang Dan Bersepadu
  5. Mewujudkan Persekitaran Sekolah Yang Kondusif Secara Konsisten

MAKNA LOGO SEKOLAH

LIMA CINCIN Semangat Kesukanan

BUKU DAN OBOR Ilmu Penyuluh Hidup

TOPI DAN IJAZAH Menuntut Ilmu hingga ke tahap tertinggi

RODA GIGI Penerapan Sains dan Teknologi

WARNA BIRU Melambangkan perpaduan

WARNA KUNING Sentiasa mengamalkan Akhlak Mulia

WARNA MERAH Berdisiplin dan bersemangat kental LAGU SEKOLAH

Kami murid sekolah Dewan Besar Berilmu bersemangat waja Keunggulan kegemilangan Dibina bersama

Dedikasi berakhlak mulia Nadi setia kita

Wahai guru-guru kami tercinta Bangun tingkatkan mutu kerja Membentuk insan yang sempurna Cendikiawan bangsa Menuju era yang gemilang Wawasan negara S.K.D.B. …….jaya

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
Kampong Dewan Besar
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon : 6099765362
Fax  : 6099765362

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1948 di Kampung Dewan Besar, Labok Machang. Pada tahun tersebut, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar terdiri daripada sebuah bangsal dan terdapat sebuah bilik darjah sahaja. Oleh kerana terdapat penambahan bilangan murid, maka sebuah bangunan baru telah dibina secara bergotong-royong menggantikan bangsal tersebut oleh penduduk kampung.

Pada tahun 1958, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh kekal (JKR 181) yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Dalam tahun 1970an, PIBG pula telah berusaha mendirikan dua buah bangunan sementara.

Pada tahun 1978, bangunan baru 2 tingkat (JKR 380) telah didirikan di atas tapak seluas 6 ekar 729 depa yang mengandungi 8 bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas, stor dan kantin. Pada 23 Januari 1983, murid mula belajar di bangunan baru ini. Sebanyak 7 bilik darjah ditempatkan di bangunan baru dan 3 bilik darjah di bangunan lama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]