Sekolah Kebangsaan Dusun Tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
Lokasi
Pejabat Pos Hulu Langat, HULU LANGAT, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah390211367
Kod sekolahBBA4009
Faks390211367


Sekolah Kebangsaan Dusun Tua atau nama ringkasnya SK Dusun Tua, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pejabat Pos Hulu Langat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua memiliki 344 pelajar lelaki dan 345 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 689 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua telah didirikan oleh kerajaan Inggeris pada tahun 1906 yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Dusun Tua. Seiring dengan pertumbuhan murid yang pesat pada tahun 1939, sebuah sekolah baru dibina. ia terdiri daripada sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah.

Ketika pemerintahan Jepun, pentadbiran sekolah ini telah diambilalih oleh pegawai-pegawai jepun, tetapi guru-guru masih lagi terdiri dari anak tempatan. pada tahun 1952, sekolah ini telah dijadikansekolah pusat pendidikan urusan rumahtangga dan pertukangan tangan bagi kawasan hulu langat.

Pada tahun 1982, sebuah bangunan baru 3 tingkat dibina yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan setor. pada tahun 1986, satu projek kilat membina sebuah bangunan yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina. pada tahun itu juga, sebuah rumah guru besar telah dibina.

Pada tahun 1989, sebuah gelanggang badminton dan sebuah bangunan pusat sumber sekolah telah dibina dengan jumlah murid menjangkau 700 orang dan usaha-usaha memaju serta membangunkan sekolah ini terus dijalankan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua
Pejabat Pos Hulu Langat
Selangor, Malaysia
Telefon = 390211367
Fax = 390211367

Pautan luar[sunting | sunting sumber]