Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
Lokasi
Felda Bukit Senggeh, 77100 Asahan, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoRajin Usaha Jaya
Ditubuhkan1 Januari 1974
Nombor sekolah6065229668
Kod sekolahMBA1075[1]
Pengerusi PIBGEncik Jamaludin bin Jakpar
Guru besarEncik Zaidi bin Saleh
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Khairul bin Ariffin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Mazlizam bin Ramli
Penolong Kanan KokurikulumEncik Haslizam bin Hassan
Faks6065229668
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh atau nama ringkasnya SKFBS, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Tun Ghaffar Bukit Senggeh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh memiliki 85 pelajar lelaki dan 107 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 192 orang. Ia mempunyai seramai 22 orang guru.2009

Pada 2017, sekolah ini mempunyai 168 orang murid dan 25 orang murid prasekolah. Guru pula seramai 22 orang, dan 5 orang kakitangan sokongan.

Kini pada 13 Februari 2019, sekolah ini mempunyai 182 orang murid, 7 orang murid PPKI dan 25 orang murid prasekolah. Guru pula seramai 23 orang dan 5 orang kakitangan sokongan.

SK Felda Bukit Senggeh


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh telah dibuka pada tahun 1974, di atas tapak seluas 9.3 ekar.  Sekolah ini terletak di luar bandar dari kawasan bandar Melaka, kira-kira 64 kilometer dari pusat bandar.  

            Bangunan  sekolah ini mempunyai 6 bilik darjah untuk menampung enam aliran. Bilangan muridnya pada masa itu seramai 53 orang murid lelaki dan murid perempuan.  Tenaga pengajarnya ketika itu seramai 4 orang dan dan 4 orang pekerja.  Guru Besarnya pada ketika itu bernama Tuan Haji Daud bin Abdul Majid.

            Dari setahun ke setahun, bilangan murid di sekolah ini bertambah ramai dan bagi menampung pertambahan murid yang semakin ramai itu maka pada tahun berikutnya sebuah bangunan separuh kekal yang mempunyai 4 buah bilik darjah didirikan oleh kerajaan.

            Tanggal 24 Oktober 1981, YB Dato’ Haji Kamarudin, PPMS, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah merasmikan bangunan Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh.  Di mana sewaktu itu hanya terdapat 3 blok utama iaitu Blok A, Blok B dan Blok C yang dilengkapi dengan pejabat, bilik guru, bilik darjah, bilik tayang, perpustakaan, tandas guru, dan tandas murid.

            Awal tahun 80an, bilangan murid meningkat hingga 773 orang.  Selepas itu, bilangan murid-murid di sekolah ini mula mengalami kemerosotan sehinggalah pada tahun 2005 bilangan muridnya hanya seramai 183 orang.

            Kemudiannya, pada tahun 2002 sekolah ini telah mula dilengkapi dengan kemudahan komputer yang dibekalkan oleh kerajaan sebagai pemangkin kepada pembentukan sekolah bestari.

            Berkembang pesat sejajar dengan perubahan era teknologi, kerajaan juga telah membina sebuah makmal komputer yang berhawa dingin pada tahun 2005, bersebelahan dengan Blok B sebagai kemudahan kepada pelajar meneroka dan menjelajah maklumat.

Pelbagai kemudahan telah dibina sedikit demi sedikit SKFBS membangun dan melahirkan variasi generasi yang gemilang, cemerlang dan terbilang.  Dulu, kini dan selamanya SKFBS masih gah di pandangan mata masyarakat dengan pelbagai kecemerlangan baik dari segi kokurikulum mahupun kurikulum.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

Senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Felda Bukit Senggeh :.

Nama Guru Besar Tempoh Berkhidmat
Tn Hj Daud Bin Abd Majid 1 Januari 1974 - 31 Ogos 1977
Tn Hj Abd. Karim Bin Abu Husin 1 September 1977 - 31 Disember 1979
Tn Hj Ahmad Bin Montel 1 Januari 1980 - 30 April 1982
Tn Hj Abd. Karim Bin Abu Husin 1 Mei 1982 - 9 September 1989
En Abdul Wahid Bin Mohamad Said 1 November 1989 - 30 April 1994
En Abdul Rahim Bin Hasan 1 Mei 1994 - 16 Januari 1998
Pn Jariah Binti Ujang 16 Januari 1998 - 1 Jun 2001
En Haron Bin Amat 23 Ogos 2001 - 2 Julai 2003
Tn Hj Mohamad Nor Bin Yos 16 Disember 2003 - 31 Oktober 2011
En Jasni Bin Hj Ramli 1 November 2011 - 31 Januari 2016
En Imran Bin Hj Lamin 1 Februari 2016 - 31 Julai 2017
En Mohd Amir Bin Md Deh 1 Ogos 2017 - sekarang

Pengerusi PIBG[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengerusi PIBG yang pernah berkhidmat di SK Felda Bukit Senggeh :.

Nama Tahun Berkhidmat
En Khamis Bin Jambak 1974
En Lajim Bin Awaludin 1975
En Abdul Razak @ Onn Bin Mihat    1976-1977
Tn Hj Kadir Bin Atin 1978 - 2020
En. Jamaludin bin Jakpar 2020 - sekarang

Panorama Sekolah[sunting | sunting sumber]

Makmal Komputer

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Senggeh
77100 Asahan
Melaka, Malaysia
Telefon = 6065229668
Fax = 6065229668
E-mel = mba1075@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]