Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu
Lokasi
BFelda Neram Satu,, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095519760
Kod sekolahTBA2035[1]
Faks6095149152
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Felda Neram Satu , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu memiliki 212 pelajar lelaki dan 192 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 404 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu bermula pada tahun 1977 yang berasal dari sebuah bilik stor baja di Felda Neram Satu. Ia merupakan sebuah sekolah kelas bercantum yang mempunyai seramai 150 orang murid. Guru Besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini ialah Megat Ayub b. Megat Majid dan tenaga pengajarnya pula seramai 8 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 1 perempuan. Pada tahun tersebut tidak ada jalan tar yang menghubungi Felda Neram satu dengan bandar terdekat, Kuantan begitu juga dengan kawasan sekitarnya. Menjelang tahun 1979, Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu telah di pindahkan ke satu kawasan yang luasnya 4 ekar dan mempunyai bangunan sekolahnya sendiri ( bangunan A sekarang ).

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu
Felda Neram Satu , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6095519760
Fax = 6095149152

Pautan luar[sunting | sunting sumber]