Sekolah Kebangsaan Galing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Galing
Lokasi
 Malaysia Jalan Beserah, KUANTAN, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095663985
Kod sekolahCBA4002
Faks6095663985


Sekolah Kebangsaan Galing atau nama ringkasnya SK Galing, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Beserah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Galing memiliki 380 pelajar lelaki dan 298 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 678 orang. Ia mempunyai seramai 47 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Galing, Jalan Beserah, 25250 Kuantan mula dibuka dengan rasminya pada tahun 1904. Sekolah ini telah diberi nama Sekolah Kebangsaan Galing kerana kedudukannya dalam kawasan Galing dan berhampiran dengan sungai Galing.


Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah gred A yang terletak kira-kira 3 Km dari bandar Kuantan. Ia dikategorikan dalam


kelompok sekolah bandar dan menggunakan kod sekolah iaitu CBA4002. Mempunyai dua blok bangunan utama, sebuah makmal komputer, bangunan Pra-sekolah, kantin sekolah, sebuah surau dan dewan terbuka.

Menurut sejarah, sekolah ini merupakan Sekolah Melayu yang ke dua didirikan di Wilayah Pahang Timur iaitu di bandar Kuantan. Tarikh pembinaannya yang sebenar tidak diketahui tetapi dijangkakan penghujung tahun 1890an. Tarikh yang diketahui


berkenaan sekolah ini ialah pada tahun 1904 apabila ia dipindahkan dari tapak asalnya di sudut Pasar Lama yang berhampiran dengan Jalan Lebai Ali ke tapak baru di Padang Lalang dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Padang Lalang. Dalam tahun 1938, murid-murid lelaki sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Melayu laki-laki Teruntum, Jalan Gambut, Kuantan. Murid-murid Perempuan dikekalkan


di sekolah lama yang diberi nama baru iaitu Sekolah Melayu Perempuan Padang Lalang.

Pada tahun 1948, Sekolah Melayu Perempuan Padang Lalang telah mendapat bangunan lain iaitu sebuah istana lama yang dianugerahkan oleh DYMM Sultan Pahang. Bangunan istana itu terletak di Galing. Oleh itu, dari Sekolah Melayu Perempuan Padang


Lalang ditukarkan kepada nama Sekolah Perempuan Galing. Guru Besar ketika itu ialah Puan Azizah binti Husin. Dalam tahun 1949, jumlah pelajarnya seramai lebih kurang 200 orang semuanya dengan tenaga pengajar seramai 7 orang. Mata Pelajaran termasuklah


Bahasa Melayu, Ilmu Bumi, Tawarikh, Ilmu Hisab, Lukisan dan Urusan Rumah Tangga.

Pada 14 Mac 1950, DYMM Sultan Pahang telah berangkat melawat sekolah ini dan mengesyorkan bahawa sekolah ini


dibekalkan dengan api elektrik. Pada tahun-tahun yang berikutnya bilangan murid-murid mula meningkat dan pihak sekolah meminta supaya bangunan sekolah dibesarkan. Pada 19 April 1955, Puan Sharifah Zainab binti Syed Abdullah mula bertugas sebagai Guru Besar yang baru. Bilangan murid pada masa itu adalah lebih kurang seramai 324 orang. Beliau menjawat jawatan Guru Besar sehingga 30 April 1969.

Selepas negara kita merdeka, kesedaran untuk belajar semakin meningkat. Sekolah ini mula mengadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang dengan jumlah guru seramai 17 orang. Seramai 13 orang mengajar sesi pagi dan 5 orang sesi petang. Sukatan pelajarannya diperluaskan termasuklah pelajaran Bahasa Inggeris yang diajar oleh guru yang bertauliah. Dalam tahun 1960, dengan kemasukan murid lelaki, sekolah ini bertukar nama dari Sekolah Perempuan Galing kepada Sekolah umum Galing. Pada tahun 1962, sekolah ini sekali lagi bertukar nama dari Sekolah Umum Galing kepada Sekolah Kebangsaan Galing sehingga hari ini.

Pada tahun 1975, bangunan tambahan baru bagi Sekolah Kebangsaan Galing telah siap dibina setinggi 3 tingkat yang terdiri daripada 12 bilik darjah, sebuah pejabat, bilik guru, bilik Guru Besar dan 2 buah tandas. Menjelang tahun 1980, sekolah ini telah dinaikkan gred ke sekolah gred A dengan jumlah murid lebih kurang 1000 orang dan tenaga pengajar seramai 37 orang. Seterusnya pada tahun 1985, sebuah lagi bangunan baru siap dibina yang mengandungi 11 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan 2 buah tandas. Ketika ini, SK Galing juga pernah menjadi pusat ujian bertulis bagi lesen belajar memandu ( Lesen L ) oleh JPJ Pahang ( iaitu dibangunan lama ( kayu ) pada setiap hari Sabtu, berlangsung selama 2 tahun.

Pada tahun 1987, beberapa buah bangunan tambahan telah didirikan seperti bangunan surau, bangsal tempat letak basikal

murid, tempat letak kenderaan guru, setor sukan, bangsal kegiatan ko-kurikulum dan kolam ikan bagi mengindahkan kawasan sekolah.

Bilangan murid kian bertambah dari tahun ke setahun sehingga pernah mencapai tahap 1,600 orang murid dengan tenaga pengajarnya

seramai 60 orang. Malah SK Galing juga telah dijadikan Pusat Sumber Pendidikan Daerah Kuantan dengan menggunakan dua buah bilik

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

...

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Galing
Jalan Beserah
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095663985
Fax = 6095663985

Pautan luar[sunting | sunting sumber]