Sekolah Kebangsaan Gong Balai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Gong Balai
Lokasi
Kampung Gong Balai,, Marang,, Terengganu Darul Iman
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098321440
Kod sekolahTBA4005[1]
Guru besarEn. Fauzuki Bin Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Rozlan Bin Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Siti Zubaidah
Penolong Kanan KokurikulumEn. Yushaimey Bin A Rashid
Faks6098322140
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Gong Balai merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Gong Balai , Marang. , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Gong Balai memiliki 196 pelajar lelaki dan 208 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 404 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1953 dan mula dibuka pada tahun 1954. Bangunan tersebut merupaka sebuah bangsal beratap nipah, berlantai pasir dan bercampur tanah liat. Dindingnya pula dibuat dengan pagar pasak anak kayu kuat. Saiz bangunan tersebut ialah 20 x 60 kaki.

Tempat asal bangunan sekolah ini ialah di belakang balairaya Kampung Tok Fakir. Bilangan murid pada masa itu ialah 60 orang lelaki dan perempuan. Tiada had umur pelajar. Encik Mustafa bin Yusof ialah guru yang pertama bertugas di sekolah ini. Beliau berasal dari Batas Baru di Kuala Terengganu.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Umum Gong Balai. Bangunannya dirasmikan oleh Almarhum DYMM Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Sultan Terengganu pada masa itu.

Pada tahun 1957, pihak kerajaan telah membina satu blok bangunan baru di atas tapak yang sama. Namanya ditukar kepada Sekolah Melayu Gong Balai. Beberapa tahun kemudian, nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Gong Balai.

Pada tahun 1967, Sekolah Kebangsaan Gong Balai telah dipindahkan ke tempat baru iaitu tapak yang ada sekarang ini.[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Gong Balai
Kampung Gong Balai , Marang. , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098321440
Fax = 6098322140

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "SEK KEB GONG BALAI". skgongbalai.blogspot.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]