Sekolah Kebangsaan Gual Periok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Gual Periok
Lokasi
 Malaysia Gual Periok, 17200, Rantau Panjang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1950
Nombor sekolah6097954314
Kod sekolahDBA3206
Pengerusi PIBGFauziah Che Wok
Guru besarAb.Hadi Sulaiman
GPK Pentadbiran dan AkademikRamlah Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZaidi Sulaiman
Penolong Kanan KokurikulumFaridah Mohd Din
Faks6097954319


Sekolah Kebangsaan Gual Periok atau nama ringkasnya SK Gual Periok(SKGP), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Gual Periok.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Gual Periok memiliki pelajar lelaki 178 dan 179 pelajar perempuan, termasuk kelas prasekolah menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 357 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2024

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1950, telah diadakan suatu perjumpaan rasmi yang terdiri daripada ibu bapa di kawasan sekitar Gual Periok. Hasil daripada perjumpaan tersebut tertubuhlah sebuah jawatankuasa yang terdiri seramai 13 anggota sebagai barisan pengasas untuk membangunkan sebuah sekolah melayu di Kampung Gual Periok.

Hasil usaha jawatankuasa tersebut dan kerjasama penduduk kampung maka pihak Jabatan Pelajaran Kelantan bersama Pejabat Jajahan Pasir Mas telah bersetuju mendirikan Sekolah di atas kawasan tanah kepunyaan kerajaan di Lot No. 1740, Mukim Gual Nering Daerah Rantau Panjang yang luasnya 5 ekar 640 depa.

Sekolah ini mula dibina pada bulan November 1950 dan siap sepenuhnya pada 1hb. Mac 1951 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV,Sultan Kelantan pada 2hb. Mei 1951.

Pada peringkat awalnya pihak Jabatan Pelajaran Kelantan telah menyediakan 4 orang Guru yang diketuai oleh Cikgu Nik Yusof b. Nik Abu Bakar sebagai guru besar pertama. Pada permulaan sekolah ini dibuka, keramaian muridnya sekitar 160 orang.

Oleh kerana keramaian muridnya bertambah menyebabkan jumlah bilik tidak mencukupi, maka pada tahun 1953 sebuah lagi bangunan tambahan dibina. Kemudian pada tahun 1967, pihak kerajaan sekali lagi telah membina sebuah bangunan untuk kelas, sebuah kantin dan dua buah rumah guru.

Akhir sekali pada tahun 2008, sekali lagi sekolah SK. Gual Periok mendapat 2 blok bangunan baharu dan siap dibina pada tahun 2009. Bangunan ini digunakan sepenuhnya pada awal tahun 2011.


SENARAI NAMA GURU BESAR MULAI 1951[sunting | sunting sumber]

1.TN. HJ. NIK YUSOFF BIN NIK ABU BAKAR (02-01-51 – 31-12-53)

2.EN. AWANG BIN AWANG NGAH (1954 – 1956)

3.EN. MD SALLEH BIN BULAT (1956 – 1957)

4.TN. HJ. RAMLI BIN HJ AHMAD (1957 – 31-12-1969)

5.EN.ABDULLAH BIN DAUD (01-01-70 – 31-12-71)

6.TN. HJ. HAMZAH BIN AWANG HAMAT (01-01-72 – 28-02-85)

7.EN. HANAFIAH BIN MUHAMMAD (16-03-85 – 31-01-89)

8.EN. WAN HASSAN BIN WAN OTHMAN (01-02-89 – 01-02-92)

9.EN. LUDIN BIN ISMAIL (PEM. GB) (01-03-92 – 31-12-92)

10.TN. HJ. ARIFFIN BIN HUSAIN (16-12-92 – 16-12-93)

11.TN. SYED AHMAD BIN SY ABDULLAH (19-12-93 – 15-10-97)

11.EN. CHE YAACOB BIN OMAR (16-10-97 – 2000)

12.TN. HJ. ISMAIL BIN IBRAHIM (2001 – 01-06-2005)

13.PN. HJH. W ZAHARAH BINTI W ALI (01-07-05 – 9-11-2013)

14.PN. NOORAINI BINTI OSMAN (10-11-2013 – 15 11-2014)

15.EN. ABD HALIM BIN ABDULLAH (16-11-2014 – 18-3-2016)

16.EN. MOHD ASLIN BIN HASSAN (1-5-2016 – 18-6-2021)

17.EN. AB. HADI BIN SULAIMAN (1-7-2021 - SEKARANG)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Gual Periok
Gual Periok
17200, Rantau Panjang
Kelantan, Malaysia
Telefon = +6097954314
Fax = +6097954319

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

 SARANA
 
 http://apps4.moe.gov.my/sarana  

 APDM
 
 http://apdm.moe.gov.my/  

 APLIKASI PENGURUSAN SEKOLAH
 
 https://sps.1bestarinet.net/SPS  

 SISTEM PENARAFAN KESELAMATAN SEKOLAH
 
 http://apps.moe.gov.my/spks/  

 LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
 
 http://web.moe.gov.my/lp/  

 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
 http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index  

 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
 
 http://www.spp.gov.my/  

 UKM
 
 http://www.ukm.my/v5/  

 USM
 
 http://www.usm.my/index.php/ms/  

 PERPUSTAKAAN NEGARA
 
 http://www.pnm.gov.my/main.php  

 JABATAN AKUANTAN NEGARA
 
 http://www.anm.gov.my/ Diarkibkan 2016-07-14 di Wayback Machine  

 PERMATA PINTAR NEGARA
 
 http://www.ukm.my/permatapintar/  

 SPKS
 
 http://apps.moe.gov.my/spks/index.  

 HRMIS
 
 http://hrmis2.eghrmis.gov.my/