Sekolah Kebangsaan Guntong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Guntong
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru Besar En Mohd Harissulha bin Ismail
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn Mariyam bt Mat Isa
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Yaharuddin bin Jaafar
Penolong Kanan Kokurikulum En Ameran bin Hassan
Kod sekolah TBA6035[1]
Lokasi Sekolah Kebangsaan Guntong, Setiu, Terengganu Darul Iman,  Malaysia Malaysia
Laman sesawang Sekolah Kebangsaan Guntong
Telefon 6096927252
Faks TIADA
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Guntong merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Sk.Guntong, , Setiu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Guntong memiliki 151 pelajar lelaki dan 129 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 280 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Guntong dibuka pada tahun 1950. Penubuhan sekolah ini hasil dari muafakat penduduk setempat yang memikirkan bahawa sebuah sekolah patut diadakan untuk memberi pendidikan asas kepada anak-anak mereka. Menurut Ki Awang Nong b. Awang salah seorang warga lama di Kg. Guntong Dalam, pada mulanya sebuah bilik darjah seluas 20 X 30 kaki telah dibina beratapkan daun saga dan berdinding kayu setinggi 5 kaki dari tanah. Kemudian bangunan tersebut telah digantikan dengan sebuah rumah lama yang dibeli dari salah seorang penduduk kampung tersebut.

Dengan kecaknaan dan keperihatinan dari semua pihak, bangunan demi bangunan yang kukuh telah berdiri untuk keselesaan murid-murid. Pada Tahun 1970 sebuah bangunan baru telah dibina dalam bentuk bangunan sementara. Kemudian sebuah bangunan kekal dibina pada tahun 1980an yang dapat menempatkan pejabat sekolah, bilik guru besar dan enam bilik darjah. Sehingga ke hari ini SK. Guntong telah memiliki sebuah bangunan kekal dan tiga buah bangunan sementara yang dapat menampung 11 buah bilik darjah, bilik guru, bilik pentadbiran pejabat dan bilik Guru Besar. Di samping itu terdapat juga sebuah kantin, perpustakaan, bilik sumber surau dan pondok bacaan yang mempunyai bangunan tersendiri. Disediakan juga 4 buah rumah guru yang terletak berhampiran dengan sekolah.

Pada awal penubuhannya bilangan murid hanyalah 16 orang yang ditadbirkan oleh dua orang guru bernama Cikgu Kassim b. Chik dan seorang guru agama. Meskipun penubuhannya dalam serba kekurangan namun sekolah ini terus berkembang. Dalam tahun1960 bilangan guru meningkat kepada 3 orang dan38 orang murid. Keramaian murid semakin bertambah kepada 95 orang dengan 7 orang tenaga pengajar. Pada tahun1980 meningkat kepada 149 orang murid dengan 11 orang guru. Kini Warga SKG meningkat kepada 215 orang dan 16 orang guru.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Guntong
Setiu , Terengganu Darul Iman,  Malaysia
Telefon = 6096927252
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]