Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
Lokasi
 Malaysia Jalan Sekolah, 31200 Chemor, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052011534
Kod sekolahABA2008
Faks6052018980
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud atau nama ringkasnya SK Haji Mahmud, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud memiliki 875 pelajar lelaki dan 837 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1712 orang. Ia mempunyai seramai 86 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN CHEMOR SELAYANG PANDANG

Sekolah Melayu Chemor mula dibuka pada 1.6.1905 mengikut catitan dalam

fail ‘PEMBANGUNAN’ Sekolah Kebangsaan Chemor ini. Guru Besarnya yang pertama ialah

Cikgu Hj. Mohd. Saman b. Ayub mengikut senarai nama Guru-Guru Besar yang tercatit di

sekolah ini, mengenai bilangan murid dan guru-guru penolong tidak dapat dikesan.

Bangunan sekolah ini pada mulanya sebuah bangunan kecil berhampiran dengan Masjid

Chemor yang ada pada hari ini. Kemudian dipindahkan bangunan ini di hadapan Balai Polis

Chemor sekarang. Bangunan ini bertiang simen dan berdinding tepas pada mulanya.Selepas itu

baharu digantikan pula dengan papan , berhampirannya terletak sebuah rumah guru.

Dalam tahun 1940 sebuah sekolah cawangan telah didirikan di seberang jalan lebih kurang

sepuluh rantai jaraknya dengan bangunan lama serta dua buah rumah guru.

Dalam masa permulaan pemerintahan Jepun, askar-askar Jepun telah mengmbil alih pentadbirn

sekolah, beberapa askar Jepun bersama-sama dengan dua orang guru telah mengajar di sekolah

ini.

Pada masa Jepun menyerah kalah kepada kerajaan Inggeris dalam tahun 1945 kominis telah

menyerang Balai Polis Chemor, ada diantara komunis itu berlindung di bangunan sekolah

cawangan ini dan beberapa biji peluru tembakan dari mata-mata Jepun dari Balai Polis Chemor

telah menembusi dinding bangunan sekolah ini.

Dalam masa peralihan pemerintahan Jepun dengan kerajaan Inggeris pula selama empat belas

hari, semasa askar komunis Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu, Sekolah Kebangsaan

Chemor ini menjadi berek tempat tinggal askar-askar komunis itu.

Dalam tahun 1975 sekolah cawangan ini telah dirobohkan dan digantikan dengn sebuah

bangunan baru dua tingkat berharga lebih kurang $180,000 mengandungi lapan bilik darjah,

Pejabat Guru Besar, kantin dan dua buah setor.

Bangunan baru ini telah digunakan pada 1.1.1976. Dalam tahun 1979 bilangan muridnya telah

mencapai empat ratus tiga puluh orang lebih, inilah bilangan murid yang paling ramai sekali

semenjak sekolah ini dibuka.

Murid-murid yang pernah belajar di sekolah ini ramai yang telah menjawat jawatan-jawatan

penting di kementerian-kementerian , jabatan-jabatan kerajaan dan di sekolah-sekolah. Di

antaranya ialah Allahyarham Aminuddin Baki bekas Penasihat Kementerian

Pelajaran Malaysia, Dato’ Mohd. Zain b. Salleh Ketua Turus Angkatan Tentera Laut Di

Raja Malaysia, Doktor Shamsuddin b. Abd. Rahman Pengarah Perancang Keluarga Malaysia ,

Encik Wa’ad b. Jamaluddin bekas Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu, Tan Sri Haji

Daiman b. Jamaluddin bekas Pengarah Kastam Antarabangsa di England, Tuan Hj. Mohd. Taib

b. Hj. Abd. Hamid A.M.P. ,J.P. Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu

Malaysia merangkap Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Perak, dan ramai lagi yang tidak

disebut namanya termasuk berpuluh-puluh orang guru dan ahli sasterawan seperti Malungun

dan lain-lain.

Pelajaran Agama mula diajar di sekolah ini semenjak dari sebelum perang lagi tetapi di waktu

petang oleh Ustaz Dahalan. Pelajaran Bahasa Inggeris diajarkan dalam tahun 1957. Pada tahu

1957juga nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Umum dan kemudian kepada Sekolah

Kebangsaan Chemor.

Darjah Enam yang mula ditubuhkan di sini adalah dalam tahun 1947 seramai lima belas orang

pelajar, murid-muridnya terdiri dari Kampong Chemor, Chepor, Ulu Kuang dan Tanjong

Rambutan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
Jalan Sekolah
31200 Chemor
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052011534
Fax = 6052018980

Pautan luar[sunting | sunting sumber]