Sekolah Kebangsaan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ibrahim
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan

Sekolah Kebangsaan Ibrahim atau nama ringkasnya SK Ibrahim, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1919 dan dikenali sebagai Goverment English School. Guru Besar pertama ialah Tuan Syed Jan Al-Jeffri (1919-1946). Ketika itu sekolah ini terletak di Jalan Petri (1921). Pada tahun 1935, sekolah ini dipindahkan ke Jalan Kolam Air dan dinamakan Sultan Hamid School. Pada tahun 1936, sekolah ini dinamakan Ibrahim School bagi mengingati Almarhum Yang Teramat Mulia Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Shah.

Tengku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Shah memangku Sultan Kedah dari tahun 1913-1914. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Polis (Inspector General Of Police) pada tahun 1907–1913. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Negeri Kedah dari tahun 1914 hingga 1934.

Pada tahun 1955, kelas Primary telah diasingkan di sebuah bangunan berhampiran Sekolah Rendah Father Barre’s Convent di lot 2403 RC dengan nama Sekolah Rendah Ibrahim. Dengan ini, bermula era Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim (Inggeris) Ibrahim. Guru Besarnya ialah Encik Lim Cheng Ghee.

Dua buah bangunan lagi telah dibina untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah pada akhir tahun 1950-an. Kini, Sekolah Rendah Ibrahim mempunyai 5 blok yang terdiri daripada blok A, B, C, D dan E. Keluasan sekolah ialah 2.6 hektar dan terletak dalam mukim Sungai Petani.

Visi, misi dan moto[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ibrahim akan berusaha untuk membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Moto[sunting | sunting sumber]

“FINIS CORONAT OPUS”

“USAHA TANGGA KEJAYAAN”

“HARDWORK IS THE LADDER TO SUCCESS”

"WE ARE THE BEST"

"BE THE BEST"

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Antarabangsa ICAS

Kejohanan Larian MSSM 2018 OLEH adik Nik Syafiq

Kejohanan bola baling

Kejohanan bola sepak

Kejohanan Antarabangsa I-IDEA 2018 OLEH adik Firas, Fakhri Rashdan dan Harith Haikal

Alamat[sunting | sunting sumber]

Alamat: Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Tel/Faks: 04-4212330

E-mel: skibrahim.ppdkmy@gmail.com

skibrahim.ppdkmy@gmail.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]