Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama
Lokasi
 Malaysia Bandar Indera Mahkota, KUANTAN, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095736949
Kod sekolahCBA4094
Faks6095736949


Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama atau nama ringkasnya SK Indera Mahkota Utama, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Indera Mahkota.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama memiliki 264 pelajar lelaki dan 207 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 471 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama telah memulakan operasinya pada tahun 2000 sebagai sekolah kebangsaan kedua di Indera Mahkota memulakan operasi selepas Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota(SKIM). Pada ketika itu, sekolah ini masih lagi dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota 2. Namun pada pertengahan tahun 2001, namanya ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama. Pada tahun 2004, pelajar di sekolah ini berkurangan berikutan pembukaan Sekolah Kebangsaan Astana (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah). Pada pertengahan tahun 2002, pentadbiran sekolah bertukar dari Encik Zaki kepada Encik Abdul Hadi bin Abdul Malik sebagai guru besarnya.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di atas sebuah bukit berhadapan Taman Indera Mahkota 5 dan berdekatan dengan 2 buah sekolah berdekatan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Indera Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah(SKTA). Sekolah ini juga berdekatan dengan Balai Bomba Daerah Kuantan, Pejabat Pendidikan Negeri Pahang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berdiri megah laksana panglima
Indera Mahkota Utama berseri
Kan kujunjung namamu diserata
agar terpahat di setiap sanubari

Indera Mahkota Utama pusatnya ilmu
Penyuluh hidup generasi baru
Berbakti padamu impianku
agar terbina insan yang mulia

Ayuh kita bergandingan melaksanakan impian
Kecemerlangan untuk kecemerlangan

Taat kepada Tuhan
Raja serta negara
Indera Mahkota Utama menjunjung janji suci
Agar impian jadi kenyataan
Masa hadapan

=Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah menjadi sekolah nombor 1 di daerah Kuantan pada tahun 2007 di dalam pencapaian UPSR.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama
Bandar Indera Mahkota
Pahang, Malaysia
Telefon = 6095736949
Fax = 6095736949

Pautan luar[sunting | sunting sumber]