Sekolah Kebangsaan Iskandar, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Iskandar
MotoBertekun untuk Kemajuan
Ditubuhkan1957
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
PengetuaEn Mahmudzir
LokasiAlor Setar Kota Setar, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Kemasukan PelajarPelajar lelaki (sebelum 2015)Dan Perempuan (selepas 2015)
Nama singkatanSKI


Sekolah Kebangsaan Iskandar atau nama ringkasnya SK Iskandar, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.Lahirnya sekolah ini bermula daripada inisiatif seorang insan perihatin yang amat mementingkan pendidikan anak watan yang dahagakan ilmu pengetahuan. Kesungguhan dan kegigihan beliau akhirnya berjaya merealisasikan penubuhan sebuah sekolah inggerais kerajaan yang pertama di negeri Kedah yang dikenali sebagai Government English School pada 8 Disember 1908 dan kemudiannya telah bertukar nama menjadi Kolej Sultan Abdul Hamid.Sekolah ini asalnya hanya dibuka untuk pelajar lelaki tetapi memandangkan jumlah pelajar yang telah menurun secara drastik pengambilan pelajar perempuan telah dibuka mulai tahun 2015.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan mendapat pendidikan di Penang Free School “Normal Class”. Beliau bertugas sebagai guru di sekolah yang sama sekama 9 tahun sebelum berhijrah ke Alor Star atas undangan Kerajaan Negeri Kedah bagi menunaikan hasrat penubuhan sebuah sekolah inggeris di negeri ini.Insan yang dimaksudkan ialah Encik Mohamad Iskandar, iaitu bapa kepada bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut mendapat kerjasama serta sokongan daripada seorang bangsawan yang amat berpengaruh pada ketika itu iaitu Che Manjalara, bonda kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj. Tunku Abdul Rahman sendiri telah dihantar ke GES seawall usia 4 tahun.Pada tahun pertama penubuhannya, En. Mohamad Iskandar terpaksa menguruskan sekolahnya bersendirian. Sehinggakan pada satu ketika apabila beliau jatuh sakit, beliau terpaksa membawa tilam ke sekolah dan diletakkan di dalam kelas. Sambil berbaring beliau memerhatikan seorang pelajar yang lebih besar mengajar murid-murid lain. Komitmen yang ditunjukkan oleh beliau dalam menjalankan tugas sebagai pendidik adalah menjadi kebanggan semua guru. Penubuhan sebuah sekolah inggeris pada ketika itu mendapan tentangan dari masyarakat islam. En. Mohamad Iskandar telah membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk menarik murid-murid belajar di sekolah inggeris tersebut. Ramai ibu bapa pada masa itu beranggapan bahawa pendidikan inggeris akan menjadikan anak-anak mereka Kristian. Akhirnya dengan pertolongan Sheikh-Ul-Islam Haji Wan Sulaiman Sidiq telah berjaya meyakinkan ibu bapa tentang kepentingan pendidikan inggeris.

Beliau turut menjadikan diri beliau sebagai contoh, walaupun pernah belajar di Sekolah Inggeris namun masih kekal sebagai seorang muslim.En. Mohamad Iskandar juga mendapat pertolongan daripada seorang Kapitan Cina, Tauke Tai Choon Tow untuk menggalakkan anak-anak cina memasuki GES. Akhirnya GES dapat ditubuhkan dengan 50 orang pelajar, terdiri daripada 25 orang pelajar cina, 2 orang pelajar perempuan berbangsa india dan 13 orang pelajar melayu. Nama Sekolah Kebangsaan Iskandar adalah diambil sebagai mengenang jasa dan sumbangan beliau yang menjadi pengasas dan penggerak serta Guru Besar pertama di sekolah inggeris kerajaan (GES) yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1955 apabila bahagian sekolah rendah Kolej Sultan Abdul Hamid telah diasingkan dari bahagian sekolah menengah disebabkan bilangan murid semakin ramai.

Pada tahun 1957, bahagian sekolah rendah ini dikenali dengan rasminya sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar sehingga ke hari ini. Sejak itu SK. Iskandar berperanan meneruskan GES bagi mendidik murid-murid di sekolah rendah sehingga ke tahun 6. murid-murid yang tamat sekolah rendah akan ditempatkan di Kolej Sultan Abdul Hamid bagi menyambung pelajaran menengah sehingga ke tingkatan enam. Traisi ini diteruskan sehingga sekaran, di mana murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR akan ditempatkan di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]