Sekolah Kebangsaan Ismail Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Ismail Satu
Lokasi
 Malaysia JKR 1009, Jln Tunku Bendahara, 84000, Muar,, Johor Darul Ta'zim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Maju Jaya
Nombor sekolah6069522040
Kod sekolahJBB5030
Pengerusi PIBGEncik Abd Rahman bin Yunos
Guru besarEncik Yusoh bin Musbah
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Azman bin Mahmood
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Normah binti Sahar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nor Zakiah binti Mohd Sharif
Faks6069522040
Laman sesawang

Sekolah Kebangsaan Ismail Satu atau nama ringkasnya SK Ismail Satu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 1009, Jln Tunku Bendahara.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ismail Satu memiliki 303 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 315 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Ismail Satu, Muar, Johor didirikan di atas tanah lot 4739, Mukim Bandar, daerah Muar. Sekolah ini telah melalui proses pembangunan yang amat pesat. Bermula dengan ‘Muar English School’ pada tahun 1904, berkembang maju dengan cemerlang sehingga terpilih melaksanakan Special Malay Class. Sekolah Kebangsaan Ismail Satu telah diasaskan pada tahun 1904 dengan nama ‘Muar English School’ di sebuah bangunan rumah atap di kawasan Mahkamah Tinggi sekarang. Sekolah yang hanya mempunyai 40 orang murid ini telah diasaskan oleh Encik C.P.Prois. Dalam tahun 1914, Muar English School telah berpindah ke Jalan Meriam di kawasan bangunan Sekolah Tinggi Muar sekarang. Sekolah telah bertukar nama menjadi ‘Government English Preparatory School’ (G.E.P.S). Di sinilah ‘Special Malay Classes’ (S.M.C) dimulakan. S.M.C yang memberi peluang kepada murid-murid dari Sekolah-sekolah Melayu, termasuk sekolah di luar bandar melanjutkan pelajaran menyebabkan Government English Preparatory School mengalami perubahan. Sekolah ini telah dirasmikan pada 6 Januari 1957 oleh Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim yang pada ketika itu Tunku Mahkota Johor. Penyelia Sekolah-sekolah Rendah pada ketika itu, Puan B.L. Milne (Pengasas Sekolah Rendah Ismail), telah memerhatikan sebahagian daripada sekolah yang digunakan tidak sesuai memandangkan bilangan murid semakin bertambah, maka beliau telah mengesyorkan bahawa G.E.P.S itu memerlukan sebuah bangunan yang baru dan lebih besar. Maka wujudlah Sekolah Ismail yang ada sekarang.

Enam blok bangunan baru dilengkapi dengan kantin, dewan dan pejabat telah didirikan di satu kawasan tanah seluas 14 ekar di Jalan Tunku Bendahara pada tahun 1957. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim, pada 6hb. Januari 1957. Sekolah ini kemudiannya dinamakan ‘Ismail School’. Dalam masa 2 tahun enrolmen muridnya menjadi lebih daripada 2,000 orang dan ‘Ismail School’ dibahagi dua kepada Sekolah Ismail Satu dan Sekolah Ismail (2) pada 19 Mei 1959, yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu dan Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail (2). Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail (2) kemudiannya berpindah ke bangunan baru pada tahun 1990. Sekolah Rendah Kebangsaan Ismail Satu kekal berada di bangunan lama yang dibina pada tahun 1957 untuk membina identiti dan mencari kecemerlangannya yang tersendiri.

Pada tahun 1959, apabila bilangan murid mencecah ke angka 2,000 orang, Sekolah Ismail telah dipisahkan menjadi Sekolah Ismail Satu (Ismail School One) dan Sekolah Ismail (2). Pada tahun 1990, Sekolah Ismail (2) telah mendapat bangunan baru bersebelahan dengan Sekolah Ismail Satu. Sekolah Ismail Satu telah berjaya melahirkan  ramai pemimpin dan peneraju institusi kerajaan dan swasta  dengan cemerlang. Dengan terbinanya bangunan baru empat tingkat, sekolah mengalami proses penukaran wajah secara amat drastik. Bangunan baru yang siap dibina  pada tahun 2002 menempatkan Pejabat Pentadbiran, Bilik Darjah, Pusat Sumber, Bilik Mesyuarat, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Kantin dan ruang legar yang lebih selesa.

Bangunan yang selama ini menjadi asas Sekolah Ismail Satu, telah digunakan sepenuhnya oleh kelompok murid Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Program PKBP telah bermula pada bulan Jun 1991, dengan 17 orang murid beserta 3 orang tenaga pengajar. Murid-murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada kategori Slow Learner, Autism, Hyperactive, Cerebral Palsy, Down Syndrome, dan Dislexsia.

Mulai 1 Januari 1998 lalu, Sekolah ini telah dinamakan semula sebagai Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, selaras dengan arahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menukar nama Sekolah Rendah Kebangsaan kepada Sekolah Kebangsaan.

Sekolah menjadi lebih sempurna dengan terlaksananya kelas Prasekolah sejak tahun 2003. Operasi Prasekolah berjalan dengan teratur dan lantaran itu amat wajar sekolah ini diletakkan sebagai Sekolah Premier Daerah. Pada bulan Julai 2011, dua blok bangunan tambahan baru untuk menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi yang menempatkan 8 buah kelas Masalah Pembelajaran dan sebuah kelas Masalah Penglihatan berjumlah 58 orang murid. Sehingga Disember 2013, terdapat 244 orang murid sekolah dan 42 orang guru serta 11 orang anggota kakitangan sokongan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Ismail Satu, Muar, Johor.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sekolah Ketiga Terbaik Daerah Muar, Johor (2011)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Ismail Satu
JKR 1009 Jalan Tunku Bendahara
84000 Muar
Johor, Malaysia
Telefon = 6069522040
Fax = 6069522040

Alumni terkenal[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]