Sekolah Kebangsaan Jelai 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Felda Jelai 2
Lokasi
 Malaysia Felda Jelai 2, 73480, Gemas,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan6 Januari 1986 (permulaan sesi)
Nombor sekolah6064347043
Kod sekolahNBA5017
Faks6064347043


Sekolah Kebangsaan Felda Jelai 2 atau nama ringkasnya SK Jelai 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Jelai 2.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jelai 2 memiliki 153 pelajar lelaki dan 179 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 332 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini telah dibuka untuk sesi persekolahan pada 6 Januari 1986. Pada permulaannya, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan setingkat termasuk sebuah yang dibina secara bergotong royong. Sebuah bangunan tiga tingkat beserta sebuah bangunan kantin yang lengkap telah didirikan pada tahun 1990.Pada tahun berikutnya sebuah bangunan setingkat telah didirikan. Sebuah bangunan surau telah dibina dengan derma orang ramai serta kerjasama PIBG. Sekolah ini telah dirasmikan pada 14 April 1998 oleh YAB Dato Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Hj Abd. Samad Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Sekolah Keb. Jelai 2(f) , Gemas terletak di lokasi luar Bandar iaitu di kawasan FELDA Jelai Empat. Sekolah ini dikelilingi oleh kawasan perumahan FELDA Jelai 4, Jelai 3 dan Jelai 2. Sekolah ini hubungi dengan rangkaian jalanraya ke Pekan Gemas, Bahau dan Tampin. Penduduk di sini kebanyakannya peneroka FELDA, Peniaga Kdecil dan Pegawai Kerajaan.. Di Kawasan ini juga terdapat 3 sekolah lain iaitu Sekolah Keb. Jelai 1 , Sekolah Keb. Jelai 3 dan Sekolah Menengah Jelai Felda.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jelai 2
Felda Jelai 2
73480, Gemas
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064347043
Fax = 6064347043

Pautan luar[sunting | sunting sumber]