Sekolah Kebangsaan Jelai 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F)
Lokasi
 Malaysia Felda Jelai 3, 73480, Gemas,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah+606-4347034
Kod sekolahNBA5052
Faks+606-4347034
Map


Sekolah Kebangsaan Jelai 3 atau nama ringkasnya SK Jelai 3, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Jelai 2.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jelai 3 memiliki 95 pelajar lelaki dan 98 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 193 orang. Ia mempunyai seramai 23 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tarikh 1 Disember 1993 merupakan detik bersejarah bagi Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F). Ini kerana, pada tarikh tersebut bermulalah sesi persekolahan Sekolah kebangsaan Jelai 3(F) buat julung kalinya. Penubuhan ini mendapat restu daripada semua pihak yang terbabit, baik dari Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) mahupun masyarakat sekitarnya. SK Jelai 3(F) ini merupakan sebuah sekolah rendah yang ketiga didirikan di Jelai Kompleks yang terletak di Felda Jelai 2. Sekolah ini diapit oleh Pejabat Felda Jelai 1 dan Pejabat Felda Jelai 2. Kedudukan sekolah ini amat strategik sekali.

Bangunan SK Jelai 3(F) pula mempunyai 3 blok iaitu A,B dan C. Setiap blok mempunyai 3 tingkat dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian pentadbiran, akademik dan lain-lain termasuk tandas dan stor. Manakala kantin dan makmal komputer ditempatkan di bangunan yang berasingan dan lengkap.

Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menampung pertambahan murid yang semakin meningkat di SK Jelai 1(F) dan SK Jelai 2(F). Pengambilan murid dari kedua-dua sekolah berdasarkan pada Peta Kawasan Jelai yang telah diputuskan dalam satu mesyuarat khas bertarikh 16hb September 1993 lalu di SK Jelai 1(F) dan dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

Keseluruhan murid yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F) ialah seramai 847 orang iaitu 665 dari SK Jelai 1 dan 169 dari SK Jelai 2 serta 13 orang yang tukar masuk dari dalam dan luar negeri. Kemudian pelajar-pelajar tersebut dibahagikan mengikut tahun dan aliran-aliran tertentu iaitu:

Tahun 1 - 3 aliran - 132 orang
Tahun 2 - 3 aliran - 128 orang
Tahun 3 - 4 aliran - 159 orang
Tahun 4 - 4 aliran - 136 orang
Tahun 5 - 4 aliran - 147 orang
Tahun 6 - 4 aliran - 147 orang

Bilangan tenaga pengajar pada peringkat awalnya adalah seramai 35 orang dan ia mencukupi, termasuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) seramai 8 orang dan Guru Sandaran Terlatih seramai 6 orang. Jawatan Guru Besar pula disandang oleh Encik Mohtaruddin Haji Idris yang sebelum ini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan. Pada 29hb November 1993, mesyuarat guru kali pertama telah diadakan yang turut dihadiri oleh Encik Latif dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin/Rembau bagi mengagihkan tugas guru dan membuat pelantikan GPK 1, GPK HEM dan GPK Ko-kurikulum.

Bermulanya persekolahan semester kedua, bilangan guru telah bertambah kepada 38 orang dengan kemasukan Guru Praktikum daripada maktab Perguruan seramai 8 orang. Manakala 5 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih berhenti memasuki maktab perguruan.

Di peringkat awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Jelai 3(F) serba kekurangan dan peralatan yang ada belum lengkap sepenuhnya. Namun begitu, dengan kerjasama sekolah-sekolah di sekitarnya dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, peralatan ini telah dilengkapkan dari semasa ke semasa agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Logo Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F),
73480 Gemas,
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = +6064347034
Fax = +6064347034

Pautan luar[sunting | sunting sumber]