Sekolah Kebangsaan Jelempok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jelempok
Lokasi
Kampung Jelempok., 02600, Arau,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6049862469
Kod sekolahRBA0012
Faks6049862469
Map


Sekolah Kebangsaan Jelempok atau nama ringkasnya SK Jelempok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Jelempok..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jelempok memiliki 135 pelajar lelaki dan 141 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 276 orang. Ia mempunyai seramai 28 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan sebuah bangunan kayu yang didirikan pada tahun 1925 oleh kerajaan negeri Perlis, di atas tapak rumah penghulu pada masa itu. Banguanan tersebut boleh menempatkan seramai 90 orang murid lelaki dan 5 orang guru. Nama awalnya ialah Sekolah Melayu Jelempok. Pada 1926 Sekolah Melayu Jelempok telah di rasmikan sepenuhnya oleh DYMM Raja Syed Alwi. Sekolah Melayu Jelempok berpindah tapak baharu seperti keadaan sekarang pada tahun 1935.

Pada tahun 1936, terdapat kemasukan sesi pertama murid perempuan seramai 6 orang ke Sekolah Melayu Jelempok. Infrastruktur sekolah ditambah baik dengan pembinaan sebuah bangunan hasil kerjasama kerajaan negeri dan penduduk tempatan. Bangunan ini dinamakan " Sekolah Lembaga".

Bermula tahun 1957, nama Sekolah Melayu Jelempok telah ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jelempok. Bangunan baharu telah didirikan untuk menggantikan bangunan Sekolah Lembaga yang telah uzur bermula pada tahun 1965. Seterusnya 1975 bangunan 2 tingkat pertama dibina dan diberi nama Block A . Pada tahun 1989 ditambah lagi dengan bangunan 2 tingkat ia itu Block B dan dua buah rumah guru telah dibina dikawasan tersebut.

Pada tahun 2002 satu unit makmal komputer telah dibina untuk kemudahan murid. Kemudian di bawah RMK-9 pada tahun 2009, bangunan baharu tiga tingkat telah didirikan di atas tapak rumah guru yang telah usang yang telah siap sepenuhnya pada tahun 10/11/2011. Penyerahan Kunci bangunan pada 5/6/2013 layak diduduki dan beroperasi. Sesi persekolahan dibangunan baharu tiga tingkat bermula di bawah pentadbiran Guru Besar En. Mohd Nor bin Hj Ismail.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1982, SK Jelempok telah mencipta sejarah di mana 2 orang pelajar darjah 6 telah mendapat keputusan 5A dalam Peperiksaan Penilaian buat pertama kali sejak ianya ditubuhkan.

Pada tahun tersebut juga SK Jelempok buat pertama kalinya telah menjadi juara pertandingan sepak takraw Zon Timur mengalahkan SK Pauh yang telah diadakan di SK LKTP Panggas.

Pada tahun 1983 seramai 3 pelajar daripada darjah 6 mendapat 5 A dan 1 orang 4A 1B serta 2 orang 3A 2B. Pada tahun yang sama pelajar dari sekolah ini muncul Johan Perseorangan Badminton bawah 12 tahun peringkat negeri Perlis.

Pada tahun 2019, SK Jelempok telah memenangi pingat perak dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa yang disertai oleh tiga orang pelajar darjah 4 dan darjah 5.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jelempok
Kampung Jelempok.
02600, Arau
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049862469
Fax = 6049862469

Pautan luar[sunting | sunting sumber]