Sekolah Kebangsaan Jempol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Jempol
Logo Sekolah
Lokasi
 Malaysia Kampong Kuala Jempol, 72100, Bahau,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBila Usaha Jaya
Nombor sekolah6064544845
Kod sekolahNBA6004
Faks6064544845
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Jempol atau nama ringkasnya SK Jempol, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Kuala Jempol.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Jempol memiliki 166 pelajar lelaki dan 126 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 292 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jempol telah mula dibina pada penghujung tahun 1890an. Ia merupakan sekolah melayu yang pertama dibina di kawasan Jempol. Asal Sekolah Kebangsaan Jempol terletak di Kampung Cacar (500 meter dari tapak Sek. Keb. Jempol sekarang). Menjelang tahun 1910an, terbinanya jalan keretapi yang melintasi Kampung Kuala Jempol. Sehubungan dengan itu, terbinanya stesen keretapi bagi memudahkan penduduk di sekitar Kampung Kuala Jempol menjual hasil kampung di pekan Bahau dan Juasseh. Oleh itu, pada penghujung tahun 1910, Sekolah Kebangsaan Jempol telah berpindah ke tapak sekolah yang baru bersebelahan dengan stesen keretapi.(tapak padang SK Jempol sekarang) Keadaan Sekolah Kebangsaan Jempol ketika itu terdiri daripada 1 blok bangunan yang menempatkan 5 buah kelas dan sebuah pejabat. Antara murid keluarga diraja yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol ialah Tunku Abdul Rahman iaitu Yang Dipertuan Agung pertama Tanah Melayu. Terdapat dua sesi pembelajaran yang dijalankan ketika itu iaitu sesi persekolahan pada waktu pagi dan kelas agama pada waktu petang.[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jempol
Kampong Kuala Jempol
72100, Bahau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064544845
Fax = 6064544845

Pautan luar[sunting | sunting sumber]