Sekolah Kebangsaan Jemukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SK Jemukan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jemukan (SK JEMUKAN)
Lokasi
Kampung Jemukan, Asajaya, 94600, Kota Samarahan,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah082827525
Kod sekolahYBA8302
Pengerusi PIBGEncik Yazaid Bin Eli
Guru besarSarbini Bin Pani
GPK Pentadbiran dan AkademikSukeri Bin Sanucy
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridAziz Bin Kuching
Penolong Kanan KokurikulumAwang Rusdi Bin Awang Yusuf
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Jemukan atau nama ringkasnya SK Jemukan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di jalan Sadong Jaya selepas Asajaya, Kota Samarahan, Sekolah Kebangsaan Jemukan memiliki 114 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 197 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru dan 4 orang staff sokongan. Sk Jemukan juga memiliki dua buah prasekolah iaitu Pra Delima dan Pra Nilam yang mampu menampung 25 orang murid setiap buah kelas. Pemulhan Khas juga ditawarkan kepada murid lemah akedemik 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Sk Jemukan di lengkapkan dengan kemudahan Makmal Komputer, Pusat Akses, Pusat Sumber, Bilik Tayang, dan RMT. Kemudahan akses internet yang baik dari segi WiFi Percuma untuk pelajar dan staf sekolah

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jemukan pada asalanya sebuah Sekolah Rendah Kerajaan (SRK) Jemukan dan seterusnya kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pengasas SRK Jemukan ialah Tuan Haji Mohammad B Haji Yusuf, berasal dari Pulau Betawi, Indonesia.

            Semasa berumur 5 tahun, beliau tinggal di Mekah bersama dengan ibu beliau dan menuntut di sana. Setelah menetap selama 41 tahun di Mekah, beliau berpindah ke Bombay, India iaitu setelah tercetusnya Perang Wahabi. Beliau berpindah ke Kuching (Kampung Bako) dan berkahwin dengan Hajah Salehah Bt Abang Ning yang berasal dari Spaoh. Hasil daripada perkongsian hidup, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata. Atas kepandaian beliau dalam bidang agamalah beliau diminta untuk menabur bakti di SRK Jemukan. Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di kawasan Saribas dab Kampung Tanjung Bundong.

Pada tahun 1952, Madrasah al-Diniah didirikan oleh pengasasnya secara gotong-royong dengan para penduduk kampung. Pada tahun 1962, beliau telah menerima undangan penduduk Spaoh, Saribas dan di sanalah beliau jatuh sakit lalu meninggal dunia. Jenazah beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Lubok Sue, Saribas.

Pada tahun 1964, Madrasah al-Diniah telah mendapat bantuan daripada Majlis Tempatan Daerah Sadong Hilir dan namanya ditukar kepada SRK Jemukan dengan bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris. Pada tahun 1973 pula, ianya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan namanya terus ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Jemukan dan kekal sehingga sekarang.

Pada tahun 1983, sekolah ini telah menerima pembiayaan Bank Dunia, dilengkapi dengan dua blok bangunan yang mengandungi 6 bilik darjah, sebuah bilik Pusat Sumber (PSS), sebuah Bilik Guru, Pejabat Am, Pejabat Guru Besar dan Klinik pergigian. Selain itu, ianya juga dibekalkan dengan sebuah kuaters Kelas IV, 3 unit berek, 8 unit tandas murid, tempat perhimpunan dan kemudahan tangki air. Tanggal 1 Ogos 1986, SK Jemukan telah dirasmikan pembukaannya oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bujang B Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada akhir tahun 2014, sekolah ini menerima blok Penjabat Am baru oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pada akhir tahun 2018, sekolah ini menerima blok kelas baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 750,000. Pembinaan blok baru tersebut hanya mengambil masa 10 bulan sahaja. Blok kelas tersebut di lengkapi 6 buah kelas dan 2 buah tandas dan kemudahan air dan elektrik.

Pada bulan Julai 2020, sekolah ini menerima blok Pentadbiran baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 350,000. Pembinaan blok baru tersebut hanya mengambil masa 6 bulan sahaja. Blok tersebut di lengkapi bilik guru serta bilik pentadbiran

Pada bulan Mac 2023, sekolah ini menerima blok Dewan baru yang di sumbangkan oleh YB Aidel Bin Haji Lariwoo, ADUN N24 Sadong Jaya dengan kos pembinaan sebanyak RM 350,000. Pembinaan Dewan baru tersebut hanya mengambil masa 4 bulan sahaja. Dewan tersebut di lengkapi sebuah court badminton , pentas, tandas di luar dewan dan bilik persalinan serta bilik PA Sistem

Senarai Guru Besar Berkhidmat Di SK Jemukan[sunting | sunting sumber]

Senarai Nama Guru Besar Berkhidmat Di SK Jemukan

  1. Tuan Hj. Mohammad B. Hj. Yusup-------------------------------------------1945 - 1959
  2. En. Khatan B. Rashid----------------------------------------------------------- 1959 - 1960
  3. En. Fauzi B. Hj. Mahmud-------------------------------------------------------1961
  4. En. Ariffin B. Jeli------------------------------------------------------------------1961 - 1963    
  5. En. Abu Samah B. Drahman--------------------------------------------------1964
  6. En. Joshua Ak. Majang---------------------------------------------------------1965 - 1966
  7. En. Sulaiman B. Sutamin-------------------------------------------------------1967 - 1970
  8. En. Hashimi B. Haroun----------------------------------------------------------1971
  9. En. Sitam B.Deron----------------------------------------------------------------1972 - 1973
  10. En. Hashimi B. Haroun----------------------------------------------------------1974 - 1975             
  11. En. Jamil B. Hj. Alop-------------------------------------------------------------1975 - 1976
  12. En. Ali B. Kahir--------------------------------------------------------------------1977 - 1982                                             
  13. En. Ramlee B. Hj. Maraat------------------------------------------------------1983 - 1987
  14. En. Madian B. Mohamad-------------------------------------------------------1987 - 1997
  15. En. Wan Rajiee B. Tengku Kasim--------------------------------------------1997 - 1999                   
  16. En. Ahmad B. Daeng Marun---------------------------------------------------2000 - 2003               
  17. En. Sejeli B. Saat-----------------------------------------------------------------2003 - 2012
  18. En. Ali B. Dom---------------------------------------------------------------------2013 - 2016
  19. En. Jamali Bin Bujang ----------------------------------------------------------2017 - Oktober 2020
  20. En. Salleh Bin Sabang----------------------------------------------------------November 2020 - Mac 2023
  21. Dr. Sarbini Bin Pani--------------------------------------------------------------Ogos 2023 - Sekarang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Jemukan,
D/A Pejabat Pendidikan Samarahan,
Jalan Dato Muhd Musa,
94300 Kota Samarahan
Sarawak,  Malaysia
Telefon = 082827525
Fax = 082827525
Email = yba8302@moe.edu.my / skjemukan@gmail.com
Facebook = https://www.facebook.com/SKJemukan/

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]


1) Keterangan Warna :

  • Merah - Berani menghadapi cabaran
  • Kuning - Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Putih - Kesucian
  • Hijau - Sentiasa berkembang
  • Hitam - Keberanian menghadapi cabaran dan rintangan


2) Keterangan Bentuk :

  • Lima Segi - Semangat kesungguhan untuk menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif selaras dengan prinsip rukun negara
  • Padi - Situasi aman dan damai serta bercita-cita tinggi
  • Genggaman Obor -Semangat mencari ilmu hingga mencapai kejayaan lebih tinggi
  • Buku - Gedung ilmu
  • Lima Bulatan Kecil - Semangat kesukanan bagi memupuk kewarganegaraan dan perpaduan


3) Moto

  • Berilmu - Peranan utama sekolah untuk melahirkan individu yang berilmu dan berkebolehan dalam pelbagai bidang baik dari segi akademik mahupun ko-kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Berjaya - Individu yang berilmu itu di didik dan dibimbing hingga berjaya. Dengan kejayaan yang diperolehi dapat menjamin masa depan dan meningkatkan prestasi sekolah serta menyumbang kepada Negara
  • Berbakti - Anak didik yang berjaya akan mencurahkan bakti kepada negara dengan penuh rasa kecintaan kepada Tanah Air di samping menyahut seruan kerajaan untuk mencapai wawasan Negara

Logo sekolah ciptaan Cikgu Saat Bin Seron yang dipilih melalui pertandingan mencipta logo pada tahun 1987

Lirik Lagu Sekolahku[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kami yang dibanggakan

Terletak di kawasan persisiran

Didirikan Oleh Kerajaan

Itulah Sekolah Kebangsaan Jemukan

Sekolah kami yang disayangi

Di sini tempat ilmu dicari

Setiap masa setiap hari

Tanpa rasa jemu dan benci

Berdiri megah gagah perkasa

Tersergam indah ditanah rata

Melahirkan cendiakawan bangsa

Berkhidmat berbakti pada negara

Sekolah Kebangsaan Jemukan

Dikau sebagai lambang kejayaan

Tempat kami menimba pengetahuan

Semoga berkembang sepanjang zaman


Lagu dan Lirik dicipta Oleh : Cikgu Mohd Isa Bin Suki

Arkib SK Jemukan[sunting | sunting sumber]

Softcopy Lagu, lirik dan Logo SK Jemukan

http://bit.do/arkibskjemukan


Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]