Sekolah Kebangsaan Kabuluh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kabuluh
Lokasi
Peti surat 27 Pejabat Pelajaran Daerah, 9107 beluran, 90107, Beluran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah0143553351
Kod sekolahXBA2131
Pengerusi PIBGUndong singgah
PengetuaHassan bin mentiak
GPK Pentadbiran dan AkademikRaffi bin malan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEgrahim bin osman
Penolong Kanan KokurikulumMohd tahir bin sani
FaksTIADA
Laman sesawang

PROSES PENUBUHAN SEKOLAH

Bangunan SK Kabuluh dibina di atas sebuah tanah milik seorang penduduk kampaung En ITIN BIN MUSID dengan keluasan lima ekar Pada 23.05.1984.Beliau telah bersetuju dan menyerah tanah kepada pihak sekolah untuk tujuan Pembangunan Pendidikan Penduduk Serta anak dan cucu beliau agar tidak peru bersusah payah mengayuh sampan ke SK Simpangan untuk menutut ilmu.Bangunan sekolah yang baru telah dimasukan dalam Rancangam Malaysia ke-4 tetapi tergendala akibat kemelesetan ekonomi yang berlaku oada masa itu.Pada 23.05.1984 Pegawai Pelajaran Bahagian Sandakan EN sabardin Zainuddin bersama penyelia Kanan Daerah Beluran dan Penyelia Sekolah zon sugut/paitan datang melawat mendapati murid-murid belajar dalam keadaan yang tidak selesa dan sempit kerana tidak mampu menampung bilangan murid yang bertambah dari semasa ke semasa.Demikian juga keadaan guru yang tinggal dalam pondok yang kecil dan terpaksa berkongsi tempat tinggal.Atas dasar keperihatinan dan tanggungjawab untuk memajukan anak bansa EN Sabrdin Zainuddin telah menghantar surat permohonan Projek Kilat Bangunan Sekolah bertarikh 20hb.Jun.1984(PPS/EFI/99/21) kepada Pengarah Pelajaran Sabah Tuan Haji Isa Ramli ketika itu dan memohon jasa baik beliau agar dapat meluluskan projek kilat bangunan sekolah.Jabatan Pelajaran Sabah telah meluluskan projek kilat sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 4 buah bilik darjak dan sebuah bilik guru untuk pentadbiran.Sebuah rumah guru dan dua unit tandas yang terletak 1 di rumah guru dan 1 kagi untuk kegunaan murid sekolah.Pembinaan bermula pda tahun 1985 dan siao sepenuhnya pada 26hb Ogos 1986.

Bentuk Fizikal Sekolah

Kini SK Kabuluh mempunyai dua buah bangunan sekolah dengan 6 buah bilik darjah dan 1 bilik pentadbiran 1 bilik pemulihan 1 bilik ict 1 bilik pusat sumber 3 buah rumah guru terdiri sebuah rumah separa konkrit dan 2 bangunan konkrt yang cantik dan selesa untuk guru.Kemudahan tangki waterrain berkapasiti 25000 liter(4 unit) dan 10000 liter(4 unit) sebuah bangunan prasekolah sebuah kantin sebuah tandas konkrit terbahagi kepada 6 unit dan sebuah pondok pengawal keselamatan.

PENGASAS SEKOLAH

Antara individu yang berusaha untuk mewujudkan sekolah ini ialah wakil Ketua Anak Negeri En Abas Musid dan Ketua Kampung En Ginal Omar.Mereka merupakan pemimpin yang dihormato dan disegani ketika itu hingga ke hari ini.Jasa merekabtetap akan dikenang.Penglibatan mereka dalam newujudkan sekolah telah dapat mempengaruhi minda penduduk disekitar kamoung kabuluh.oleh itu penduduk kampung sentiasa memberikan sokongan pady sehingga mereka measih menjawat jawatan masing-masing walaupub berlaku pertukaran tampuk kerajaan yang memerintah.

BENTUK FIZIKAL SEKOLAH

Kini, SK Kabuluh mempunyai dua buah bangunan sekolah dengan 6 buah bilik darjah, 1 bilik pentadbiran, 1 bilik pemulihan , 1 bilik ICT, 1 bilik pusat sumber, 3 buah rumah guru terdiri  sebuah rumah separa konkrit dan 2 buah bangunan konkrit yang cantik dan selesa untuk guru. Kemudahan Tangki WaterRain berkapasiti 25000 liter(4 unit) dan 10000 liter(4 unit), sebuah bangunan prasekolah, sebuah bangunan kantin, sebuah bangunan tandas konkrit terbahagi kepada 6 unit dan sebuah pondok pengawal keselamatan.

JENIS PEGANGKUTAN DAN KEDUDUKAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kabuluh terletak di kawasan pedalaman Beluran. Pengangkutan Utama ketika itu(sebelum tahun 2005) ialah pengangkutan laut seperti kapal(tambang RM15-20) dan bot laju(sewa khas RM800-RM1000).  Perjalanan menggunakan kapal mengambil masa sehari suntuk dan kadang-kala 2 hari perjalanan sekiranya laut bergelora. Pada tahun 2005, kerajaan telah menyediakan jalan raya yang menghubungkan kawasan Paitan dengan Seluruh rangkaian jalan raya di Sabah.Jarak sekolah ini dengan Pejabat Pelajaran Daerah Beluran ialah 197KM. Pekan yang terdekat dengan sekolah ini ialah Pekan Pitas dengan jarak kira-kira 76KM. Manakala, jarak sekolah ini dengan Kota Marudu ialah sejauh 158KM.Terdapat 4 buah sekolah yang berdekatan dengan sekolah ini iaitu SK Tanjung Nipis, SK Simpangan, SMK Simpangan dan SK Lubang Buaya.


COGAN KATA SEKOLAH

ILMU GEDUNG PENGETAHUAN

Ilmu  -  Memberi maksud kepada setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh sekolah yang memberi manfaat kepada setiap murid dan menjadi bekalan dalam menerajui kehidupan di hari akan datang.

Gedung – Membawa kepada tempat atau perkumpulan dalam memperolehi ilmu pengetahuan dan di situlah sekolah memainkan peranan yang penting ke arah kecemerlangan sekolah.

Pengetahuan – Setiap ilmu yang diperolehi dari sesuatu kegiatan atau aktiviti digunakan sepenuhnya dan menjadi pedoman atau pengalaman untuk membentuk kehidupan.

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KABULUH

SK Kabuluh yang tercinta

Memberi ilmu di dada

Berbakti dan berjasa

SK Kabuluh ku cinta

SK Kabuluh megah berdiri

Diatas bukit indah sekali

Pemandangan luas terbentang

Senang mata memandang

Hormatlah patuhlah

Pada undang-undangnya

Pasti akan berjaya


LENCANA SEKOLAH

Buku melambangkan punca segala ilmu pengetahuan dan perkembangan mental untuk melahirkan generasi yang seimbang. Bikar pula melambangkan tahap dunia.Jangka lukis dan pensil membawa istilah alat bagi melahirkan murid yang kreatif, produktif serta inovatif bagi menjayakan wawasan.

Obor melambangkan penerang atau penyuluh dalam segala kemajuan arus kehidupan.

Sijil sebagai imbuhan kepada setiap titik peluh dan wang ringgit yang telah dicurahkan apabila mencapai sesuatu kejayaan.

Bulatan pada lencana iaitu biru, kuning, hijau dan merah menunjukkan perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan kaum di bawah satu perlembagaan  yang demokrasi dan berjiwa suci serta berani.

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG  BERTUGAS DI SK KABULUH

BIL NAMA GURU TAHUN BERKHIDMAT
1 En.Kuanlun Bulun 1980
2 En.Simon Tunggal Rantau 1981 hingga 1988
3 En. Manggi Santiri 1989 hingga awal 2007
4 En. Aziz Pani 2007
5 En. Zaini Osman 2008 hingga 2011
6 En. Anthony Saimin 2012 hingga sekarang


SENARAI NAMA GURU YANG PERNAH BERTUGAS DI SK KABULUH

BIL NAMA GURU TAHUN BERKHIDMAT
1 En Hussin Haptong 1980
2 En jenor Jamon 1980
3 En julbee 1981 - 83
4 En Dewa Atang 1983 - 1995
5 En Jasmin Maagas 1982 - 1996
6 En Gilor 1983
7 En Juanis 1985
8 En Mahuni Maginjoh 1982
9 En Luzinin Bandasi 1991 - 1994
10 En Jamail Masador 1991 – 1994
11 En Joe Lingu 1992
12 En Mohd Jali 1991 – 1994
13 En Sarifuddin 1992
14 En Anas Sulaiman
15 En Nor Effendy Mat Nor 1991 – 1997
16 En Hamid Marukin 1996 – 1998
17 En Saiful Azmi 1997 – 2000
18 En Mohamad Mail 1993 – 2002
19 En Mamat Nasir 2001
20 En Julian Anthony Kabis 2000 – 2006
21 En Elmer Awang 2000 – 2005
22 En Okong@Ajmil Boneo 2001 – 2007
23 Pn Irwanti Bohamin 2001 - 2005
24 En Wasilin Wasli 2001 – 2007
25 En Raimi 2006
26 CIk Shuziana Takim 2007
27 En Shamry Takim 2009 - 2010
28 En Supian Noil 2009 - 2012
29 En Zaki Omar 2006
30 Pn Rafidah Abdul Kadir 2007 - 2012
31 En Zaini Mohd Yusof 2007 – 2010
32 En Mohd Faizal Mustapa 2009 - 2011
33 En Mohd Rizani Razali 2009 - 2010
34 Pn Elycia Chong 2010 - 2013
35 En Alaziz Saidulanam 2010 - 2013


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kabuluh telah ditubuhkan pada awal tahun 1980 dan telah didaftarkan dengan nama SRK Kabuluh paitan pada 30.03.1983.sekolah ini mempunyai sejarah yang menarik di samping perkembangannya yang seiring dengan arus pembangunan dan era teknologi dalam merealisalikan falsafah pendidikan negara dan pelan induk seimbang dan harmobis berilmu pengetahuan berketrampilan tanggungjawab dan kesejeteraan diri dalam memberi sumbangan untuk mencapai wawasan 2020.Pada ketika itu bangunan sekolah hanya lah sebuah balairaya lama yang dibina oleh kerajaan USNO dan dipinjamkan kepada masyarakat setempat atas kesedaran pentingnya pendidikan kepada generasi masa depan.Balairaya ya g kukuh didirikan ditepi sungai paitan dengan ukiran 35m lebar dan 50m panjang.Ia dibina berdindingkan papan serta beratapkan zink mempunyai 12 batang tiang dan hanya mempunyai 1 bilik darjah sahaja.Jumlah tenaga pemgajar pada masa itu hanya 4 orang saja dengan bilangan murid seramai 80 orang.Murid-murid yang belajar di sekolah ini adalah dari kampung yang berhampiran dengan kampung Kabuluh iaitu kampung Batangon Darat,kampung Batangon Laut, kampung Sulit dan kampung kubambangan.Bangunan balairaya digunakan sebagai bangunan sekolah sehigga 24hb Ogos 1986 dengan junlah guru seramai 7 orang dan murid 93 orang.En kuannjJun Bulun melapor diri sebagai guru besar yang pertama pada tahun 1980.seterus diganti oleh En Simon Tunggal Rantau pada tahun 1981 sebagai guru besar.Mengikut penerangan dalam temuramah dengan bekas guru besar sekolah ini ( En Simon Tunggal Rantau)..Beberapa ketua kampung yang optimis tentang pendidikan telah menyarankan dan mengesa kerajaan mewujudkan sebuah bangunan sekolah yang baru.Proses penubuhan sekolah di tapak barubtelah ditentang oleh ketua anak negeri zon paitan Allahyarham Joh T.LOI bersama beberapa pihak tertentu.Beliau (Allahyarham John T.LOI )menyatakan bahawa sekolah simpangan yang sedia ada boleh menampung murid-murid di seluruh paitan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kabuluh
D/A Pejabat Pelajaran Daerah, Peti Surat 27
90107, Beluran
Sabah, Malaysia
Telefon = 0143553351
Fax = 089511059

Pautan luar[sunting | sunting sumber]