Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram I
Lokasi
Jalan Jerangau Jabor,, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095519624
Kod sekolahTBA2038[1]
Guru besarMohd Razali Bin Mat Hussin
GPK Pentadbiran dan AkademikMohd Zawawi Bin Hamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridChe Ku Azman b. Che Ku Mohd Ghazal
Penolong Kanan KokurikulumMohd Nordin Bin Ibrahim
Faks6095519624
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram I merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Jerangau Jabor , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram I memiliki 90 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 172 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 ditubuhkan pada tahun 1987. Terletak di tepi jalan utama di Kampung Baharu Felda Neram 1 atau juga dikenali sebagai Felda Neram Tambahan. Mempunyai keluasan lebih kurang 3.8 hektar dan mempunyai 3 banguanan utama yang mengandungi bilik darjah, bilik-bilik khas dan pejabat. Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu merupakan sekolah kedua yang terletak di Felda Neram 1.

Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 dibina berdasarkan dari kepayahan dan kesukaran anak-anak peneroka yang terpaksa berulang alik dari SK Felda Neram 1 yang terletak kira-kira 4 kilometer jauhnya.Dengan kesungguhan dan kerjasama dari penduduk Kg Baharu maka satu projek SK Kg Baharu diluluskan pada tahun 1984. Pada akhir tahun 1986 maka siaplah bangunan Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu. Bermula tahun 1987 dengan rasminya Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu dibuka. Anak-anak peneroka di Kampong Baharu Felda Neram 1 tidak lagi bersusah payah berulang ke Sekolah Kebangsaan Felda Neram 1. Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Y.A.B Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad pada tahun 1987.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram I
Jalan Jerangau Jabor , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6095519624
Fax = 6095519625

email: tba2038@yahoo.com.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]