Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru, Lenga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu
Lokasi
 Malaysia Jln Cempedak, Kampong Baharu Melayu, Km 45, 84040, Lenga,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6069711533
Kod sekolahJBA5024
Faks6069711533


Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu atau panggilan ringkasnya SKKB, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Cempedak, Kampong Baharu Melayu, Km 45. SK Kampong Baharu adalah sekolah Gred B. Terletak di kawasan luar bandar. Jarak dari sekolah ini ke Bandar Maharani adalah 48km. Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah didirikan dan pada tahun 2004 sebuah astaka di Dataran Kejat telah dibina secara bergotong-royong oleh pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. Selain itu, susur gajah telah dibina dari Makmal Komputer ke Blok A. Berhampiran Makmal Komputer dibina sebuah tangga yang landai untuk kegunaan warga sekolah ke Bangunan Blok B dan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

BUTIRAN ASAS SEKOLAH

Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu
Kod Sekolah      JBA5024
Alamat KM 45, Jalan Cempedak, Kampong Baharu, 84040 Lenga, Pagoh, Muar
Nombor Telefon 06-9711533
Fax 06-9711533
E-Mail Skkampongbahru5024@gmail.com
Gred Sekolah Gred B
Jenis Bantuan Bantuan Penuh Kerajaan
Kelas Selain Kelas Perdana Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran & Kelas Prasekolah
Bahasa Penghantar Bahasa Malaysia
Sesi Pagi
Luas Kawasan 3 E 5R 49P
Tarikh Ditubuhkan 13 Jun 1954
No Pendaftaran Sekolah J/5/SK/023
Pejabat Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Muar
Kawasan PKG PKG Lenga
Jarak Ke PPD 48.5KM
Perhubungan Jalanraya
Sekolah Rendah Terdekat SK Gombang, SK LKTP Batu 27 Lenga dan SJKC Pei Chai
Sekolah Menengah Terdekat SMK Lenga

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Diasaskan oleh Tuan Hj. Abdul Hamid bin Hj. Fadzil iaitu mantan Penghulu Mukim Lenga pada 13 Jun 1954. Sekolah ini dibina secara gotong-royong dengan menggunakan kayu oleh penduduk tempatan iaitu penduduk Kampung Melayu Batu 28, Lenga. Diantara tokoh yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini ialah Encik Yahya bin Mustam, Encik Samsudin bin Hj. Tahir dan Tuan Hj. Musman bin Abd Majid. Jumlah murid ketika itu seramai 7 orang dan seorang guru.

Pada tahun 1981, bangunan baru sekolah telah didirikan dengan peruntukan sebanyak RM 600,000 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan tersebut mengandungi 8 buah bilik darjah, pejabat, perpustakaan, bilik sembahyang, bilik TV dan sebuah kantin. Bangunan tersebut mula digunakan pada penghujung persekolahan penggal ketiga tahun 1982. Sekolah ini telah dirasmikan pada 17 Februari 1985 oleh YB Tuan Hj. Bujang bin Ulis iaitu Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

Keadaan permukaan SK Kampong Baharu berbukit. Padang sekolah terletak pada aras pertama. Kantin dan Dataran Kejat pada aras kedua, Bangunan Blok A terletak pada aras ketiga dan bangunan baru Blok B serta PKG Lenga terletak pada aras keempat.

           Kelas Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) telah diwujudkan di sekolah ini dengan menggunakan Bilik Guru Blok A. Pada masa yang sama juga pondok jaga telah dibina. Pada tahun 2006, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina dan Kelas Pendidikan Khas dinaiktaraf serta kelas J-QAF bermula dengan rasminya. Pada tahun 2008 sebuah bangunan tiga tingkat (Blok B) yang menempatkan Bilik Pentadbiran, 2 Bilik Darjah, Kelas Pemulihan, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik SPBT, Surau dan lain-lain telah dibina bersama dengan Bilik Kebal dan tempat letak kereta. Anggaran keseluruhan pembinaan ini menelan belanja RM 2.3 juta. Sebuah dewan terbuka yang dinamakan Dewan Sri Baharu didirikan pada Disember 2008 dengan kos RM 200,000. Pada 2007 satu bangunan baru telah ditubuhkan untuk mewujudkan kelas Prasekolah

             Pada 24 April 2009, bangunan 3 tingkat, bilik kebal dan tempat letak kereta telah diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah dan pihak sekolah dan pihak sekolah terus menggunakan hingga ke hari ini. Pada 16 Februari 2011

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Bahru
Jln Cempedak, Kampong Baharu Melayu, Km 45
84040, Lenga
Johor, Malaysia
Telefon: 6069711533
Fax: 6069711533
Web: http://jba5024.1bestarinet.net/web

Pautan luar[sunting | sunting sumber]