Sekolah Kebangsaan Kampong Baru, Bintulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Baru
Lokasi
 Malaysia Lot 8045, Kemena Land District., 97000, Bintulu,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6086315643
Kod sekolahYBA9104
Pengerusi PIBGEn. Sikong Bin Lusek
Guru besarEn. Awgku Ali Udin Bin Hj. Pengiran Adenani
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Zuraidah Btr Chee Mahamood
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Khaitul Basir Bin Mohamed
Penolong Kanan KokurikulumEn. Michael Bin Paul Puji
Faks6086315644


Sekolah Kebangsaan Kampung Baru atau nama ringkasnya SK Kg Baru, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A, Pejabat Pelajaran Gabungan Bintulu..

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru memiliki 494 pelajar lelaki dan 412 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 906 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Kampung Baru memiliki 563 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1088 orang untuk kelas perdana. Manakala terdapat 100 orang murid PRA Sekolah. Ia mempunyai seramai 62 orang guru. 2021

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kelahiran Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, atas desakan ledakan penduduk yang menghuni Bandar Bintulu semakin padat kerana sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung limpahan kanak-kanak yang ingin menimba ilmu di SRK Orang Kaya Mohammad pada masa itu. Menyedari hakikat ini, pada tahun 1969 wujudnya sekolah cawangan SRK Orang Kaya Mohammad yang ditempatkan sementara di bawah salah sebuah rumah penduduk kampung iaitu rumah Allahyarham Tuan Haji Hamzah Keria. Dengan adanya sekolah cawangan itu, dapatlah mengurangkan kos pengangkutan penduduk kampung untuk menghantar anak-anak menyeberangi sungai menuju ke SRK Orang Kaya Mohammad.

        Disebabkan kepadatan murid yang belajar kian meningkat serta kelas yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang belajar, bilik darjah kedua telah dibina di bawah rumah Allahyarham Cikgu Bujang Taha.  Bilangan guru yang bertugas pada masa itu seramai 3 orang iaitu Tuan Haji Hamdani Bin Kasah ( Guru Besar ), Puan Sadariah dan Allahyarham Bostani dengan bilangan murid seramai 90 orang.  Sekolah cawangan itu beroperasi di bawah rumah selama 3 tahun.
        Pada tahun 1972, terbinanya bangunan sementara hasil kerjasama dan gotong-royong penduduk setempat di tanah wakaf salah seorang penduduk Kampung Baru.  Dengan adanya  pertambahan bilik darjah dapatlah murid-murid belajar dengan agak selesa dan teratur.  Untuk memajukan lagi anak-anak penduduk kampung setempat, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah dan Persatuan Ibubapa dan Guru SK Kampung Baru (PIBG) untuk kemajuan dan keselesaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid.  Dengan adanya usaha dan komitmen yang padu, terbinanya 2 blok bangunan yang mempunyai 24 bilik kelas, sebuah bilik guru dan sebuah bilik pejabat Am dan 2 blok bangunan untuk SMK Bandar di tapak yang sama  pada tahun 1980.
        Selama 22 tahun SK Kampung Baru beroperasi dengan sempurna dan teratur, satu bencana yang tidak diduga telah berlaku.  Satu kebakaran yang  dasyat telah memusnahkan 2 blok bangunan SK Kampung Baru.  Kebakaran tersebut mengakibatkan semua harta benda musnah kira-kira pada jam 2.00 pagi pada 23 Jun 2002.  Bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid, Pegawai Pelajaran Daerah pada masa itu telah mengarahkan SK Kampung Baru untuk ditempatkan sementara di SJK Siong Boon pada Jun 2002 sehingga 22 Jun 2004.  Pada 22 Ogos 2004, SK Kampung Baru telah dipindahkan ke bangunan asrama lelaki SMK Bintulu bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran serta keselesaan murid-murid dan guru-guru.

Bandar Bintulu yang berdiri megah dan terkenal seluruh dunia pada hari ini adalah lahir dari sebuah kelongsong perkampungan nelayan yang tipikal di Bumi Kenyalang. Pada tanggal 14 Jun 1978, terpahatlah sejarah sebuah kampung nelayan yang telah lama kesunyian menjadi megah dan terkenal dalam peta dunia. Detik 14 Jun 1978 telah menyalakan obor era pembangunan dan perindustrian bagi Bintulu. Dari hanya sebuah perkampungan nelayan yang sunyi ia bertukar wajah menjadi sebuah bandar industri Gas Cecair asli yang pertama di Malaysia. Dari masa ke semasa bandar ini terus menjadi medan pertumbuhan perindustrian. Tiada sesiapapun yang menyangka dari hanya sebuah kampung nelayan yang kerdil menjadi satria penyumbang ekonomi Negara Malaysia.

Ledakan penduduk mempengaruhi kemudahan fizikal Bintulu. Kemudahan asas seperti sekolah menjadi salah satu agenda utama selain pembangunan industri. Beberapa buah sekolah yang sedia ada telah tidak mampu menampung limpahan kanak–kanak yang sama–sama berhijrah dengan ibubapa mereka yang ingin merebut peluang pekerjaan di Bintulu.

Sekolah ini terdiri dari dua blok bertingkat dua, sebuah blok kantin dan sebuah blok bersaiz sederhana untuk tandas murid. Pelan awal pengisian dua buah blok bertingkat dua itu ialah untuk menempatkan sebuah Perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar, Bilik Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik ICT, Bilik Informasi dan Dua belas bilik darjah. Kemudahan riadah sekolah ini agak terbatas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Baru
Lot 8045 Kemena Land District
97000, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6086315643
Fax = 6086315644

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Portal Rasmi Sekolah Kebangsaan Kampung Baru

https://datastudio.google.com/u/0/reporting/81e9b2ba-d385-455f-8ddf-3f18dd2605a6/page/OVOuB

  • Portal Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Baru

https://datastudio.google.com/u/0/reporting/2a641cfd-0248-4e49-b682-c473c6b0d4c5

  • Laman Web Sekolah Kebagsaan Kampung Baru

http://skkbbintulu.blogspot.com/?m=1

  • Youtube Sekolah Kebangsaan Kampung Baru

https://youtube.com/channel/UCFbxEri1BNJ8Owvf0NOmB2Q