Sekolah Kebangsaan Kampong Jebungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Jebungan
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400, Mukah,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6084844200
Kod sekolahYBE3403
Guru besarAei Bin Jabun
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampong Jebungan atau nama ringkasnya SK Kg Jebungan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Jebungan memiliki 105 pelajar lelaki dan 71 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 176 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1949,beberapa orang pengasas telah berbincang untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Jebungan.Menyedari kepentingan pendidikan kepada anak-anak maka sebuah jawatankuasa perunding yang dianggotai oleh Tilat bin Persih,Jun bin Tilat,Tran bin Tepuang,Kenin bin Sail,Abek bin Mekalang dan Tuan Sheik Sulaiman telah ditubuhkan.Bertitik tolak dari situlah maka perkara ini telah dibwa ke tengah kepada pihak Local Authority Mukah.Setelah mendapat kelulusan maka pada 1950,telah memahat satu sejarah di mana SRK Kpg Jebungan didirikan.Pondok kecil yang didirikan secara bergotong royong hanya memuatkan sebuah kelas sahaja. Tapak untuk kelas tersebut adalah atas derma insan pemurah Tilat Persih.Lantaran dari itu,sesi pengajaran seterusnya dimulakan pada Ogos 1950.Selang beberapa tahun,atas usaha para perunding,sekolah ini telah mengibar sayapnya di mana jumlah kelas menjadi 4.Murid-murid yang melanjutkan ke darjah lima terpaksa memilih sama ada ke St Patrick atau SRK Datu.Awang Udin.Keperitan hidup dengan berulag-alik secara berkayuh telah menjadikan jumlah mrid ke darjah 5 amat sedikit.Menyedari kerumitan ini maka komiti sekolah sekali lagi menyuarakan kedudukan ini kepada pihak atasan.Pada 1964 menjadi jawapan kepada semua masalah ini di mana kelas untuk tahun 5 dan 6 didirikan.Maka pada 1965 murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan awam di sekolah mereka sendiri.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Jebungan
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084844200
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]