Sekolah Kebangsaan Kampong Raja, Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampong Raja
Lokasi
Kampong Raja,, 22200, Besut, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Sahabat Sejati
Nombor sekolah6096956794
Kod sekolahTBA0001[1]
Guru besarAzmi bin Yazid
GPK Pentadbiran dan AkademikRamlan bin Ramli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMaznah bt Jahani
Faks6096957714
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampong Raja, Besut Terengganu , Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Raja memiliki 482 pelajar lelaki dan 401 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 883 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sekolah tertua di daerah Besut dan mula dibuka pada tahun 1916 di bawah pentadbiran seorang Guru Besar yang bernama Tengku Kasim bin Mohd Yusof. Pada waktu itu, sekolah ini bertempat di sebuah rumah di kampong Pengkalan Teluk (Terletak di antara Masjid Lama Kampong Raja menghala ke Kampung Tanjung Lali.)

Pada masa itu Kampong Pengkalan Teluk merupakan sebuah perkampungan yang padat penduduknya di pinggir sungai. Walau bagaimanapun kampung-kampung tersebut telah hilang kerana dihakis sungai dan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat lain. Kemuadian sekolah ini telah berpindah ke tapak baru pada kali kedua iaitu balai Raja Kampong Raja. Balai tersebut ialah kediaman bekas Raja Besut, Tengku Long (Pesuruhjaya Besut Terakhir). Perpindahan ini berlaku pada 1 Julai 1920. Pada 1922, tapak sekolah ini telah dipindahkan lagi ke tapak baru buat kali ketiga dari rumah bekas Raja Besut ke kawasan pasar lama Kampong Raja. Sekarang tempat ini dijadikan stor Majlis Daerah Besut. banggunan ini berukuran 40x40 kaki.

Seterunya tapak sekolah ini dipindahkan lagi buat kali keempat di Jalan Haji Omar pada tahun 1924. Banggunan ini dibina JKR berukuran 80x20 kaki. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, banggunan ini telah diroboh setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pendidikan (Allayarham Tun Abdul Razak) dan dipindahkan di Asrama Sekolah Agama Maarif di Jalan Sekolah Agama Maarif Kampong Raja. Pada 1949, sebuah banggunan sekolah dibina di jalan Padang Kampong Raja yang berukuran 60x64 kaki. Bangunan ini digunakan sepenuhnya bagi menempatkan pelajar perempuan sahaja pada tahun 1950, pelajar lelaki pula ditempatkan di banggunan yang terletak di Jalan Haji Omar. guru Besar pertama di sekolah perempuan ketika itu ialah Cik Zaharah binti Ngah. Manakala guru-guru perempuan kesemuanya berjumlah 20 orang.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya menerima kemasukan pelajar lelaki, namun pada tanggal 3 Januari 1937 berlaku perubahan besar dan lebih mengejutkan iaitu kemasukan lima pelajar perempuan yang julung kali diterima. Walaupun mendapat tentangan masyarakat ketika itu, namun keredhaan dan kehendak ibubapa pelajar terbabit telah diterima.

Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mendorong serta mengesyorkan ibubapa agar memasukkan anak perempuan ke sekolah ini ialah encik Khalid bin Mat Senawi. iaitu guru besar bagi tempah 1936 hingga 1943 yang berasal dari Perak.

Pada tahun 1950, pelajar perempuan telah diasingkan dari pelajar lelaki ke sekolah perempuan di bawah pentdbiran Cik Zaharah binti Ngah yang berasal dari Kuala Terengganu. kemudian pada tahun 25 Julai 1961, beliau digantikan oleh guru besar kedua iaitu Cik Meriam binti Haju Abdullah.

Walau bagaimanapun, menurut seorang pesara guru, Hajah Che Puan binti Abdul Rahman, pada tahun 1953 hingga 1954, murid perempuan dan lelaki telah dicantumkan semula dan darjah 6 diwujudkan sebanyak 2 kelas. Sebelum ini murid-murid hanya belajar setakat darjah 5 sahaja. Murid yang gagal ujian akhir tahun terpaksa menunggu antara 1 hingga 3 tahun lagi sehingga lulus darjah untuk dinaikkan darjah.

Pada 1955, Sekolah Kebangsaan kampong Raja mula membuka kelas darjah 7 bagi murid seluruh Daerah Besut. Pada tahun yang sama, semua murid yang lulus darjah 6 di seluruh Besut akan menyambung pembelajaran mereka disini, Jumlah kelas darjah 7 pada waktu itu ialah dua kelas sahaja,

Pada tahun 1970an, Sekolah Kebangsaan Kampong Raja terus berkembang sesuai dengan keperluan masyarakat yang berkembang sehinggalah kini. Sekolah Kampong Raja juga telah berjaya sejajar dengan kehendak Kamenterian Pelajaran dan menjadi sekolah yang terbaik di daerah Besut.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja
Kampong Raja, Besut Terengganu , Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096956794
Fax = 6096957714

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]