Sekolah Kebangsaan Kampong Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Kampong Setar
JenisSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKBA9009
Lokasi , Kedah Darul Aman,  Malaysia
Telefon044658027
Faks044658027


Sekolah Kebangsaan Kampong Setar atau nama ringkasnya SK Kampong Setar, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal Sekolah Kebangsaan Kampong Setar, Yan bermula dalam suasana persekitaran yang serba kekurangan. Faktor geografi dan kemunduran hidup merupakan titik tolak penting telah memberi kesedaran kepada beberapa orang tokoh masyarakat tempatan ketika itu bagi membina sebuah institusi pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.

Allahyarham Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad (Penghulu Daerah Yan) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan ini bersama En. Ibrahim bin Taib (Ketua Kampong Setar) dan Allahyarham Tok Hussien (Ketua Kampong Perupuk) ketika itu telah berusaha membimbing dan menyedarkan penduduk tempatan bekerja keras bagi membina sebuah bangunan sekolah.

Akhirnya segala usaha yang ditaburkan membuahkan hasil dengan harga sebuah bangunan yang kekal dalam lipatan sejarah. Bangunannya bercirikan bahan tempatan, tiang bulat, berlantaikan tanah tidak bersimen, berdindingkan pelupuh dan bumbungnya pula beratap bertam.

Pada tanggal 23 Ogos 1947, Yang Teramat Mulia Almarhum Tengku Kudin Ibni Sultan Abdul Halim (bapa saudara Sultan Abdul Halim) telah menyempurnakan perasmiannya pada jam 2.00 petang.

Pada permulaan sekolah ini dibuka, bilangan pelajarnya ialah seramai 60 orang, bilik darjahnya pula cuma sebuah sahaja kemudian menjadi dua setelah mendapat seorang pembantu. Guru yang pertama ialah En. Taha bin Abd. Rahman dan pembantu bernama Ahmad bin Hj. Abdul Razak. Ketika itu beliau bersama pembantunya memikul tanggungjawab yang sangat besar kerana selain daripada urusan pentadbiran sekolah, beliau juga mengajar sepenuh masa. Papan batu dan kalam menjadi alat tulis yang cukup berkesan untuk pembelajaran membaca dan menulis.

Kini,[bila?] sistem pentadbiran sekolah terletak di bawah pengawasan kumpulan Yan. Sebarang masalah dan pengurusan semasa seringkali dirujuk ke pihak berkenaan.

Zaman terus beredar, sistem persekolahan semakin berubah dan canggih mengikut perkembangan teknologi. Pada hari ini,[bila?] kesemua usaha dan kegigihan mereka yang mencipta sejarah sekolah ini hanya tinggal ingatan yang masih segar tercatat di lipatan masa. Biarpun masa berlalu namun jasa dan pengorbanan akan tetap terukir di kalbu setiap jiwa mereka yang pernah belajar membaca dan menulis di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampong Setar,

06900 Yan,

Kedah Darul Aman.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]