Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat, 96300, Dalat,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBA3202[1]
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw atau nama ringkasnya SK Kampung Kebuaw, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw memiliki 26 pelajar lelaki dan 44 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 70 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw telah dibina pada akhir tahun 1971 dan dibuka pada awal tahun 1972. Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Batang Igan, kira-kira 40km dari pekan Dalat. Pada mulanya, sekolah ini hanyalah dibina dengan berdinding dan beratapkan nipah dan mempunyai sebuah kelas sahaja. Terdapat 42 orang murid sahaja yang berdaftar tanpa mengira had umur untuk memasuki Tahun Satu. Hanya seorang sahaja tenaga pengajar juga merangkap Guru Besar pertama iaitu, Cikgu Anuar Bin Taim. 

Majoriti murid pada ketika itu pergi ke sekolah dengan mendayung sampan dan hanya berpakaian harian biasa. Namun begitu, tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus menuntut ilmu sehingga hampir kesemua mereka dapat menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Malah, ada di antara mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di Maktab Perguruan atau pun di Universiti.

Pada 13 September 1981, sekolah ini telah didirikan di tapak baru yang terletak kira-kira 1 km dari tapak asal sekolah. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB En. David Tiong Chiong Chu, ADUN kawasan tersebut. Sekolah ini hanyalah berkeluasan satu ekar dan terdiri daripada sebuah bangunan kayu sahaja. Kesedaran penduduk kampung tentang betapa pentingnya pendidikan terhadap anak-anak mereka terbukti dengan pembinaan dua buah kuarters guru yang didirikan secara bergotong-royong oleh mereka. Kemudian, terdapat penambahbaikan terhadap sekolah ini dengan adanya penambahan sebuah bangunan kayu yang mengandungi empat buah kelas dan tiga unit kuarters guru selari dengan peningkatan tenaga pengajar yang bertambah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

GPS

  • 2012 - 1.20
  • 2013 - 1.29
  • 2014 - 1.33
  • 2015 - 1.63

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Dalat
96300, Dalat
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]