Sekolah Kebangsaan Kampung Nail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Nail
Lokasi
Kampung Nail,, Kuala Besut, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6096910218
Kod sekolahTBA0074[1]
Guru besarEN ZULIKIPLI BIN CHE MAMAT
GPK Pentadbiran dan AkademikRUMLAH BT SHARIF
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNORIHAN BT MD YA'ACOB
Penolong Kanan KokurikulumROHANA BT HASSAN
Faks6096910187
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Kampung Nail merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Nail , Kuala Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Nail memiliki 224 pelajar lelaki dan 204 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 428 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Nail telah di buka pada 1 April 2000. Keramaian murid pada masa itu seramai 350 orang. Pemilihan nama sekolah ini adalah berdasarkan nama kampung tempat sekolah ini di bina iaitu Kampung Nail.

Pemilihan murid ke sekolah ini pada masa itu diambil kira dari segi alamat kediaman tetap mereka yang berhampiran dengan sekolah ini. Oleh yang demikian seramai 200 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan 150 orang pula dari Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II. Guru-guru pula diambil dari kedua-dua sekolah tersebut.

Memandangkan segala kelengkapan dan kemudahan alat pengajaran dan pembelajaran masih kurang pada masa itu maka murid-murid dan guru-guru sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut II selama 4 bulan dari ianya dibuka.

Pada tahun 2001 enrolmen murid telah meningkat dari 350 orang kepada 442 orang murid semuanya. Enrolmen murid bagi tahun-tahun berikutnya adalah lebih kurang setara sahaja. Pada tahun 2014 jumlah murid yang berdaftar di sekolah ini adalah seramai 423 orang.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Nail
Kampung Nail , Kuala Besut , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096910218
Fax = 6096910187


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]