Sekolah Kebangsaan Kampung Senta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Senta
Lokasi
Peti Surat 20, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahABA0126
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampung Senta atau nama ringkasnya SK Kampung Senta, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 20.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Senta memiliki 40 pelajar lelaki dan 59 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 99 orang. Ia mempunyai seramai 9 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK KAMPUNG SENTA dahulunya dikenali sebagai SK. Pos Senta. Sekolah ini diwujudkan dan ditadbir oleh Penghulu iaitu En.Ali a/l Kincong. SK Kampung Senta terletak lebih kurang 15 km jauhnya dari pekan Bidor. Jalannya berbatu dan berpasir. Jalan di kampung pula kebanyakkannya berturap dengan tar. Peringkat awal, jumlah pelajar seramai 52 orang dan ditadbir oleh seorang guru, sebagai Pemangku Guru Besar dan sebagai guru pertama. beliau ialah En. Mohd. Tarmizi b. Ahmad. Pada tahun 1994, murid bertambah kepada 53 orang dan tenaga dan tenaga pengajar bertambah kepada 3 orang. Atas keprihatinan Jabatan Orang Asli terbina 2 buah bangunan separuh batu. Sebuah untuk kantin dan selebihnya untuk pejabat dan pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1995 murid bertambah kepada 72 orang. Pada tahun itu juga segala pentadbiran sekolah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1996, PIBG ditubuhkan . Yang Di Pertua pertama yang telah dilantik ialah En. Ali a/l Kincong yang juga merupakan penghulu bagi Kampung Senta pada ketika itu. Pada 1 Jun 1996, Kementerian Pendidikan telah melantik seorang Guru Besar untuk menjalankan tugas iaitu En. Alang a/l Sabak. Beliau adalah juga merupakan Guru Besar yang pertama. Di penghujung tahun 1999, 3 blok bangunan baru didirikan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 2000 dan upacara penyerahan telah dilaksanakan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

3A 2B (UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH)(UPSR)

ERIS JOSHAN A/L CHEW HO BENG

3A 1B 1C(UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH)(UPSR)

ZARIL A/L AZELAN

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Senta
Peti Surat 20
35500, Bidor
Perak,  Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]