Sekolah Kebangsaan Kampung Teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kampung Teh
Lokasi
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, 96400, Mukah,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahYBE3405
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kampung Teh atau nama ringkasnya SK Kampung Teh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Teh memiliki 82 pelajar lelaki dan 94 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 176 orang. Ia mempunyai seramai 19 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 1949,Masyarakat Kampung Teh mula mendirikan sebuah institusi pendidikan bertapak di atas sebidang lot perkampungan . Bangunan pertama tersebut didirikan dengan secara bergotong-royong oleh masyarakat tempatan dengan materialnya dibiayai oleh masyarakat tempatan yang terdiri daripada Kampung Sesok,Kampung Baru,Kampung Tabo,Kampung Labak dan Kampung Sau dan Siteng.Pada Akhir Februari 1951,bangunan pertama institusi pendidkan telah siap dibina.Namun begitu bangunan tersebut hanya dilengkapi dengan perabot ala kadar sahaja seperti bangku panjang yang berpaut pada meja yang boleh menempatkan seramai enam orang murid.Institusi pendidikan pertama di Kampung Teh ini mula berfungsi dan digunakan pada Mac 1952.hanya seorang guru dan 70 pelajar ditempatkan.Pada permulaannya sekolah ini disebut sebagai institusi pendidikan ialah kerana pendaftaran sebagai pelajar di sekolah ini tidak mengira sekatan umur.Sesiapa sahaja yang ingin bersekolah pada waktu itu akan didaftarkan sebagai pelajar di sekolah atau institusi pendidikan ini.Pada waktu itu bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.Kebanyakan pelajar pada waktu itu terdiri daripada golongan miskin.Pengangkutan utama yang digunakan untuk ke sekolah ialah sampan dan berjalan kaki.Kehadiran pelajar sangat tidak memuaskan apatah lagi musim tengkujuh.Pernah alami 20 pelajar sahaja dari 192 pelajar didaftarkan ketika musim tengkujuh.Situasi ini telah memberi kesedaran kepada pihak pengurusan sekolah.Pada awal 1986,usaha menyusun semula strategi atasi ponteng sekolah telah diambil.Hasil perbincangan pihak sekolah dan ibu bapa,maka mereka berstuju untuk menempatkan pelajar-pelajar terutama mereka yang tinggal jauh dari sekolah di asrama.Dalam tahun sama,asrama mula dibina dengan sambungan dapur dan dewan makan.Pada 1987,asrama mula digunakan dengan penghuni seramai 150 orang pelajar.Maka lahirlah Sekolah Kebangsaan Kampung Teh,Mukah yang boleh menempatkan pelajar harian dan asrama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kampung Teh
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Mukah
96400, Mukah
Sarawak,  Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar[sunting | sunting sumber]