Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Kebangsaan Kampong Titingan
MotoWawasan Teras Kejayaan
Ditubuhkan1990
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahXBA3068
LokasiPeti Surat 61134, 91021 Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu,  Malaysia
Laman sesawanghttp://sktitingan.com/db2/
Telefon6089914214
Faks6089912372
Pintu masuk sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan atau SK Kg. Titingan merupakan salah satu sekolah rendah yang terdapat di Tawau, Sabah. Nama sekolah ini di ambil sempena nama kampung yang terletak berhampiran dengan sekolah ini iaitu Kampung Titingan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kg.Titingan, Tawau diwujudkan pada 3 Disember 1990 dan menumpang di SJK (C). Yuk Chin kerana sekolah diwujudkan tanpa bangunan sendiri. Sebelum dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kg.Titingan, murid-muridnya memulakan sesi persekolahan 1989-1990, di bawah pentadbiran Sekolah Kebangsaan Bandar II yang pada masa itu Guru Besarnya ialah Tuan Haji Abdul Mim Bin Taib. Bilangan murid pada masa itu 337 orang dan lapan buah kelas dengan jumlah guru sebanyak 12 orang. Fenomena ini berlaku kerana limpahan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bandar II dan secara kebetulan mereka datang dari persekitaran Kampung Titingan. Dari sudut geografi, pola-pola petempatan kebanyakan murid-murid yang bersekolah di sekolah Kebangsaan Bandar II itu datang dari Kampung Titingan yang dilabelkan sebagai kawasan setinggan.

Pada tahun 1990 hingga 1991 bilangan murid semakin bertambah dan memaksa pentadbiran SJK(C). Yuk Chin meminjamkan satu blok bangunan dengan enam buah bilik darjah untuk menampung 271 orang murid Tahun Satu. Pada 13 Ogos 1991 Sekolah Kebangsaan Titingan, Tawau berpindah ke tapak sementara bangunan projek kilat. Tapak ini dipinjamkan oleh Majlis Perbandaran Tawau. Jumlah guru pada ketika itu 27 orang, 14 buah kelas dan 608 orang murid. Pada sesi persekolahan 1994-1995 murid telah bertambah kepada 888 orang , bilangan kelas 20 buah dan jumlah guru seramai 45 orang.

Pada bulan Januari 1997 bangunan konkrit tiga blok akademik dan dua blok (12 unit ) rumah pangsa guru siap dibina. Pada detik ini sekolah dan guru-guru serta murid-murid tersenyum lebar kerana mendapat bangunan baru yang cukup dengan kemudahan prasarana.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Titingan memiliki 564 pelajar lelaki dan 537 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1101 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Makmal komputer[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003 dua buah kelas makmal komputer telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2004. Sebanyak 42 buah komputer telah dibekalkan di sekolah ini.

Prasekolah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004 kelas prasekolah mula diadakan di sekolah ini, sebuah kelas sahaja, murid seramai 25 orang dan menumpang di bilik darjah. Pada bulan April 2004, bangunan prasekolah telah siap dibina dan murid-murid prasekolah memulakan pembelajaran di bangunan khas untuk prasekolah. Pada tahun 2005, sekolah ini mendapat sebuah kelas prasekolah lagi. Pembinaannya bermula bulan November dan mula digunakan pada tahun 2006. Dengan terbinanya kelas prasekolah ini, murid prasekolah bertambah menjadikannya 50 orang murid.

Pusat akses[sunting | sunting sumber]

Pusat Akses telah diwujudkan pada Mei 2006 dan dibekalkan dengan 10 buah komputer yang dapat mengakses internet.

Identiti sekolah[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Logo SK Titingan
Ciri logo Maksud
Biru Memberi maksud mengamalkan semangat perpaduan di kalangan semua warga sekolah
Hijau gambar daun Menandakan sekolah ini terletak di bumi peladang daerah Tawau
Hijau sukan Memberi maksud mencintai sukan
Merah Berani menghadapi cabaran dalam zaman era globalisasi
Kuning Lambang menghormati agama dan Yang Dipertuan Agong dan T.Y.T Sabah
Angka 4 Bermaksud sekolah berhasrat menjadikan warga sekolah yang maju dan cemerlang dalam Akademik, Kokurikulum, Sahsiah, dan ICT.

Moto sekolah[sunting | sunting sumber]

Wawasan Teras Kejayaan Menandakan sekolah berwawasan yang mempunyai misi melahirkan insan berdaya maju selaras dengan hasrat wawasan 2020.

Ikrar sekolah[sunting | sunting sumber]

Bahawa dengan sesunguhnya, kami murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, Tawau berikrar bahawa kami akan :

  1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam Kurikulum dan Kokurikulum.
  2. Mentaati Rukan Iman, Rukun Islam, dan Rukun Negara.
  3. Menghormati Ibu Bapa, guru-guru serta rakan-rakan.
  4. Mematuhi segala peraturan sekolah.
  5. Menjaga kebersihan, keceriaan dan harta benda sekolah.
  6. Mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia.
  7. Menjaga nama baik sekolah.

Piagam sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kg. Titingan bersedia memberikan perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan sebagaimana berikut :

  • Sentiasa bersopan santun, mesra, bersedia menolong menyelesaikan masalah pelanggan dengan pantas dan berhemah.
  • Bersikap terbuka dan sentiasa menerima teguran dan idea yang membina demi kebaikan bersama.
  • Prihatin terhadap anak didik dan tidak akan tunduk kepada sebarang gangguan yang menghalang keharmonian pembelajaran.
  • Memastikan semua anak didik yang meninggalkan sekolah ini dapat menguasai teras KBSR.
  • Memastikan murid berada dalam keadaan selamat.
  • Sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan daripada keperluan peribadi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]