Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2
Moto BERUSAHA, BERJAYA, BERBAKTI
Dirasmikan 20 Mac 2003
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru Besar Tuan Hj Jais bin Sudin
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Abdul Rahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Nor Azah binti Baharim
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Masnita binti Mohd Arif
Pengerusi PIBG En. Ahamad Zaidi
Kod sekolah JBA8030
Lokasi Bandar Baru Kangkar Pulai 81110, Johor Bahru,, Johor Darul Takzim,  Malaysia
Nama singkatan SKKP2
Laman sesawang http://kangkarpulai2blog.blogspot.my/
Telefon 6075583661
Faks 6075583661


Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 nama ringkasnya ialah SK Kangkar Pulai 2 atau SKKP 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai.

Sekolah ini ditubuhkan pada 2003, Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1609 orang murid. Ia mempunyai seramai 103 orang guru dan 12 orang staf sokongan. Kelas yang terpandai dalam darjah 1 hingga 6 ialah Baiduri. Nama kelas tahun 1 hingga 6 adalah sama. Bermula dengan Baiduri, Berlian, Delima, Firus, Mutiara, Intan dan Zamrud. Misi Sekolah : Membangunkan potensi Individu melalui pendidikan berkualiti. dan Visi Sekolah : Sk Kangkar Pulai 2 Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

Guru Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Encik Jaafar bin Warmat.
  2. Encik Razali bin Lan.
  3. Tuan Hj Jais bin Sudin.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 terletak kira-kira 25km dari Bandaraya Johor Bahru dan kira-kira 27km dari Bandar Kulai. Sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kulai. 

Sekolah ini memulakan operasi pengurusan pembukaannya pada 16 November 2002. Pada ketika itu operasinya masih menumpang  di Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai. Namun apabila peralatan persekolahan telah mencukupi, sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2003.

Pada awalnya, seramai 350 orang murid dari Sekolah kebangsaan Kangkar Pulai yang  tinggal di kawasan rumah pangsa/flat Bandar Baru Kangkar Pulai telah dipindahkan ke sekolah ini. Guru besar yang pertama dilantik ialah Encik Jaafar bin Warmat manakala jumlah guru yang ada ialah seramai 22 orang. Sebanyak 11 buah kelas telah dibuka dan semua murid belajar dalam satu sesi persekolahan dari darjah satu hingga darjah lima.

Pada awal tahun 2005, kelas pra sekolah telah dibuka.  Kelas ini dapat menapung seramai 25 orang pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan seorang pembantu. Dua bilik darjah telah diubah suai untuk dijadikan kelas pra sekolah. Jun 2007 pula, kelas pendidikan khas  telah dibuka dengan bilangan muridnya seramai 5 orang di bawah pengawasan seorang guru . Pada sesi persekolahan 2008, bilangan murid pendidikan Khas ini telah bertambah kepada 8 orang , dua orang guru dan seorang pembantu.

Sekolah ini dilengkapi dengan bilik-bilik khas seperti bilik sembahyang, bilik muzik, bilik guru, bilik setiausaha peperiksaan, bilik bimbingan kaunseling, bilik tayang, perpustakaan, makmal komputer, pusat akses, dua buah makmal sains, bilik seni, bilik kemahiran hidup, bilik pemulihan, bilik operasi SPBT, bilik rawatan kesihatan, bilik mesyuarat dan pejabat. 

Guru besar kedua SK Kangkar Pulai 2 ialah En Razali bin Lan. Beliau memulakan tugas di sekolah ini pada 16 November 2011 sehingga 25 Januari 2014. Selepas itu Tuan Haji Jais bin Sudin menggantikan beliau dan bertugas di sini sehingga sekarang.

Kini jumlah murid Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2 berjumlah 1609 orang termasuk murid prasekolah dengan tenaga guru seramai 103 orang dan 12 orang staf sokongan. Selain itu, terdapat 11 orang pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan yang membantu operasi seharian sekolah ini. 

Sesi persekolahan dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi menempatkan murid-murid tahun 4,5 dan 6 dalam 23 buah kelas manakala sesi petang menempatkan murid-murid tahun 1,2 dan 3 di dalam 23 buah kelas. Sesi pagi memulakan P & P pada pukul 7.15 pagi hingga 12. 35 tengah hari manakala sesi petang memulakan P & P pada pukul 12.45 tengah hari hingga 6.30 petang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 2,
Bandar Baru Kangkar Pulai
81110, Johor Bahru
Johor Darul Takzim,  Malaysia
Telefon = 6075583661
Fax = 6075583661

Pautan luar[sunting | sunting sumber]