Sekolah Kebangsaan Kayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kayan
Lokasi
Jalan Teluk Intan Sitiawan, 32030, Sitiawan,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6056792712
Kod sekolahABA1026
Guru besarPN. HAJAH NORHASIMAH BINTI ABDUL RAHMAN
GPK Pentadbiran dan AkademikPN NOR HAMIZAH BINTI RAMLI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. AHMAD BASRI BIN ADNAN
Penolong Kanan KokurikulumEN. MOHAMAD RASHID BIN ADALAN
Faks6056792712


Sekolah Kebangsaan Kayan atau nama ringkasnya SK Kayan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Teluk Intan, Sitiawan.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kayan memiliki 87 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 147 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pada awalnya dibina berhampiran dengan muara Sungai Perak yang kini dikenali sebagai Kampung Pasir Belanda secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Bangunan ini rosak teruk akibat dari peperangan antara kompeni Inggeris dan Belanda pada tahun 1914. Dengan diketui oleh Pak Awang Mina, ianya di bangunkan semula pada tahun 1915. Bangunan ini hanyalah berkeluasan 20 kaki X 15 kaki, bertiang kayu serta beratap nipah. Dengan murid seramai 15 orang, Guru Besar pertama yang ditugaskan di sini ialah En. Sukun yang berasal dari Pulau Pinang.

Pada tahun 1925, bangunan ini roboh akibat banjir besar yang melanda dan kesemua gurunya dipindahlan ke Pasir Panjang Laut. Pada tahun 1926, ianya dibangunkan semula hasil kerjasama penduduk dan muridnya bertambah kepada 20 orang. Apabila muridnya mencecah 30 orang, bangunan sekolah ini diperbesarkan dengan ukuran 40 kaki X 20 kaki. Pada tahun 1938, bangunan sekolah ini telah dibaik pulih dengan bantuan Jabatan Pelajaran Perak.

Pada tahun 1958, seorang ceti, Mr Mokka Pillay, telah menyumbang sebanyak RM 4000.00 untuk memperbesarkan lagi bangunan sekolah menjadi berukuran 100 kaki X 24 kaki.

Walau bagaimanapun, bangunan berkenaan telah dirobohkan untuk membina 2 blok bangunan yang siap sepenuhnya pada Mei 2004 serta mula beroperasi pada Jun tahun yang sama. Ianya lengkap dengan kemudahan fizikal seperti bilik gerakan, bilik guru, 4 buah bilik darjah, pejabat, makmal sains serta bengkel kemahiran hidup dan kantin.

Pada tahun 1962, tanggungjawab pentadbiran keseluruhan sekolah ini telah diambil alih oleh Jabatan Pendidikan Perak dan membina bangunan baru konkrit. Pada 14 Jun 1974, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Kamaruddin bin Haji Md Isa telah merasmikan sekolah ini. Pada 3 Januari 1984, Jabatan Pelajaran Perak secara projek kilat menambah bangunan sekolah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Sepanjang sekolah ini beroperasi, seramai 18 orang Guru Besar telah berkhidmat yang bermula En. Sukun pada tahun 1913 hinggalah Pn Rudiah binti Abas yang memulakan khidmat pada Julai 2008. Kini sekolah ini terletak dalam kawasan seluas 2 ekar 3 rod 16 pol yang terdiri daripada 5 blok bangunan untuk Sekolah Kebangsaan Kayan dan 1 blok untuk SJK (Tamil/Telegu) Kampung Kayan yang turut terletak dalam kawasan yang sama. Terdapat juga sebuah padang permainan untuk murid melakukan aktiviti sukan serta aktiviti-aktiviti lain yang dikongsi bersama.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kayan
Jalan Teluk Intan Sitiawan
32030, Sitiawan
Perak,  Malaysia
Telefon = 6056792712
Fax = 6056792712

Pautan luar[sunting | sunting sumber]