Sekolah Kebangsaan Kayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kayang
Lokasi
 Malaysia Km 7, Jalan Kuala Perlis,, 02000, Kuala Perlis,, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMaju Terus Maju/Kayang a School In Our Heart
Nombor sekolah6049764357
Kod sekolahRBA0017
Pengerusi PIBGShahimi bin Hassan
PengetuaShamsul Ariffin bin Mohd Diah.
GPK Pentadbiran dan AkademikMaslina binti Kamaluddin.
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Sukri bin Abdul Karim.
Penolong Kanan KokurikulumAnuar Amri
Faks6049776736
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Kayang atau nama ringkasnya SK Kayang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 7, Jalan Kuala Perlis,.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kayang memiliki 472 pelajar lelaki dan 423 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 895 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kayang, Perlis telah didirikan oleh kerajaan negeri Perlis pada tahun 1917. Tapak permulaan sekolah tersebut terletak di Behor Masjid, Kayang, Perlis. Bangunan asas didirikan dengan pertolongan orang – orang kampung. Penghulu Syed Kassim dan Penghulu Tok Wi telah memainkan peranan penting bagi mwujudkan bangunan sekolah ini.

Bangunan awal itu diperbuat daripada kayu bulat, beratapkan nipah dan dindingnya diperbuat dengan buluh. Pada peringkat awal, murid – murid terpaksa duduk di atas pasir kerana kemudahan – kemudahan asas seperti kerusi dan meja tidak ada.

Pada tahun 1920, sekolah ini diubah ke tempat baru iaitu Behor Lateh. Bangunan lama di Behor Masjid diruntuhkan dan pembinaan bangunan sekolah daripada batu didirikan. Pada tahun tersebut sekolah ini dapat menampung kira – kira 180 orang murid. Sekolah tersebut menjadi lebih sempurna dengan terbinanya bangunan konkrit dalam tahun 1968. Segala kemudahan dan kelengkapan telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Pada tahun 1981, satu bangunan baru telah siap dibina di KM 7, Jalan Kuala Perlis, Perlis. Dengan itu murid – murid tahun 4, 5 dan 6 telah berpindah ke bangunan baru. Murid – murid Tahap 1 pula masih kekal di bangunan lama.

Pada 10 Februari, 1985, sebuah lagi bangunan didirikan. Dengan demikian, kesemua murid sekolah ini ditempatkan di satu kawasan. Bangunan lama di Behor Lateh diserahkan kepada Sekolah Menengah Syed Alwi. Pada 1 Disember 1992, sebuah bangunan lagi telah didirikan bagi menampung penambahan murid – murid sekolah ini.

Pada tahun 2000, sebuah bangunan 4 tingkat telah dibina di hadapan blok bangunan tahun 1 berikutan penambahan murid sepanjang tempoh lapan tahun kebelakangan. Bangunan tersebut telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7 Nov 2001 dan sedia diduduki bagi sesi persekolahan 2002. bangunan ini mempunyai kemudahan 6 kelas dan sebuah Bilik Bimbingan Kaunseling di tingkat 4. Sebuah pusat sumber, bilik tayangan, bilik muzik dan makmal sains di tingkat 3. Bilik Mesyuarat, Bilik Guru, bilik pendidikan seni dan bengkel kemahiran hidup di tingkat 2, manakala di aras bawah ditempatkan bilik peperiksaan, bilik kesihatan, stor pendidikan jasmani, surau dan bilik wudhu.

Mulai 1 Januari 2003, sebuah kelas prasekolah telah ditubuhkan dan ditempatkan di blok bangunan tahun 2 yang diubahsuai menjadi kelas prasekolah. Seterusnya selepas beroperasi selama 5 tahun sebuah lagi kelas prasekolah diwujudkan di mana pada tahun 2007 bangunan kelas prasekolah kedua ini telah dimulakan pembinaannya dan siap pada Disember 2007. Kelas prasekolah kedua mula beroperasi pada Januari 2008. Enrolmen murid pada November 2011 ialah 857 orang dengan 50 orang murid prasekolah. Bilangan guru seramai 60 orang dan 7 orang kaitangan sokongan. 26 buah kelas.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kayang
Km 7, Jalan Kuala Perlis,
02000, Kuala Perlis
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049764357
Fax = 6049776736

Pautan luar[sunting | sunting sumber]