Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh
Lokasi
 Malaysia Jalan Kebun Sireh, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045077995
Kod sekolahPBA0008
Faks6045084022


Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh atau nama ringkasnya SK Kebun Sireh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Kebun Sireh.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh memiliki 367 pelajar lelaki dan 362 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 729 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah kebangsaan Kebun Sireh telah ditubuhkan pada tahun 1949 dengan hasil usaha masyarakat setempat, dengan nama Sekolah Rakyat. Tapak asalnya ialah di atas sebidang tanah yang mana telah dijadikan tanah perkuburan Islam pada masa kini. Segala pembiayaan kos pembinaan sekolah ini ditanggung sendiri oleh masyarakat setempat hasil daripada kutipan derma dan zakat hasil tanaman padi. Penduduk kampung telah bersama-sama bergotong-royong membinanya. En. Othman bin Hussain adalah Guru Besar pertama sekolah ini.

Pada tahun1950, Sekolah rakyat ini telah dipindahkan (Blok A) ke tapak sekarang dan sebuah kantin didirikan oleh kerajaan setelah bangunan asalnya roboh akibat dilanda ribut. Murid-muridnya terdiri daripada penduduk-penduduk di sekitar kawasan berhampiran sahaja iaitu Kampung Siam, Kampung Kebun Sireh, Kampung Gambir dan kampung-kampung yang berhampiran.

Pada tahun 1956, Encik Haji Hashim bin Md Isa mengambil alih sebagai Guru Besar sekolah ini. Seterusnya, pada 1960, Encik Harun bin Md. Wali menjadi Guru Besar, sebuah lagi bangunan baru (blok C) telah didirikan. Ini merupakan bangunan yang kedua didirikan.

Seterusnya pada tahun 1964, Encik Ismail bin Hasan menyambung tugas sebagai Guru Besar. Kemudian digantikan Encik Md. Nor bin Abbas, 1969. Pada tahun 1978, pula ialah Encik Abu Bakar bin Samah.

Pada tahun1983, pertambahan murid belajar di sekolah ini menyebabkan bilik-bilik darjah tidak mencukupi untuk menampung penempatan mereka. Oleh itu, Encik Ahmad bin Arshad selaku Guru Besar pada masa itu meminta kerajaan membina bangunan baru.

Sehubungan dengan itu pada tahun 1985, terdirilah sebuah lagi bangunan tambahan di sekolah ini (Blok B). Pada tahun 1987, sebuah lagi bangunan siap dibina (Blok D). Encik Anwar bin Ibrahim selaku Menteri Pendidikan pada masa itu telah mewakilkan Timbalan Menteri Pendidikan beliau pada masa itu, Dato Dr. Leo Micheal Toyad untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada 18 Oktober 1987.

Encik Suliaman bin Mat menjadi Guru Besar, pada tahun1989, diikuti oleh Puan Faizah binti Zainuddin menjadi berikutnya pada tahun 1992. Pada masa itu negara sedang menuju era celik IT. Dengan kerjasama PIBG SKKS, sebuah bilik komputer telah diwujudkan. Sebagai permulaan PIBG telah membeli 20 buah komputer dan sebuah ‘Server’ untuk literasi komputer untuk murid-murid.

Tahun 1995, Puan Zulani binti Mohktar telah dilantik menjadi Guru Besar. Pada 1997 keputusan UPSR agak cemerlang pada tahun ini berbanding dengan tahun sebelumnya dimana seramai 7 orang murid telah mendapat 5A.

Tahun 1998, blok bangunan lama dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat (Blok A) di atas tapak bangunan tersebut.

Tahun 2000 pula bangunan blok A ini siap sepenuhnya dan boleh digunakan. Seramai 4 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Pada tahun berikutnya,Encik Mohamad Zubir bin Zabidi menjadi Guru Besar. Pada yang sama sebuah bangunan makmal telah dibina dan murid-murid menggunakan ICT dalam pembelajaran mereka.

Pencapaian UPSR tahun tersebut adalah seramai 7 orang murid mendapat 5A.

Tahun 2002, pihak sekolah sertai banyak pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar,. Mendapat sagu hati dalam keceriaan landskap yang dianjurkan oleh MPSP. Pencapaian UPSR tahun ini adalah seramai 7 orang mendapat 5A. Tahu n2003, enrolment murid semakin bertambah iaitu berjumlah 809 orang. Tumpuan diberi kepada kecemerlangan akademik. Kelas malam anjuran PIBG diadakan . Seramai 14 orang murid mendapat 5A dalam UPSR. Keceriaan sekolah diperhebatkan.

Seterusnya 2004, kegiatan peningkatan akademik dipertingkatkan lagi. Kelas malam anjuran PIBG diadakan. Encik Mohamad Zubir Zabidi bersara pada pada April 2004. Kekosongan jawatan beliau diisi oleh Puan Salimah bt Abdullah pada 1 Jun 2004. UPSR pada tahun ini adalah seramai 4 orang mendapat 5A. Jadual anjal diperkenalkan. Murid-murid membawa buku mengikut keperluan jadual.

Tahun 2005, adalah tahun kecemerlangan aktiviti kokurikulum. Seramai 5 orang murid mendapat 5A dalam UPSR. Tahun berikutnya merupakan tahun perubahan ke arah Sekolah Bestari.

- Peratus lulus murid UPSR meningkat dari 63.6% kepada 69.4%.

- Seramai 7 orang murid mendapat 5A.

Seterusnya 2007, Puan Nazirah Bt Yeop menjadi Guru Besar dan meneruskan perancangan aktiviti akademik yang ditinggalkan oleh Puan Salimah bt Abullah. Terdapat banyak pembaharuan telah dibuat oleh Puan Guru Besar iaitu bilik J-Qaf, Bilik Pendidikan Moral dan bahasa Tamil, bilik kesihatan, bilik sumber, bilik pemulihan, tandas guru di blok D dan padang sekolah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh
Jalan Kebun Sireh
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045077995
Fax = 6045084022

Pautan luar[sunting | sunting sumber]