Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas
Lokasi
Kem Sungai Udang, 76300, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6063531696
Kod sekolahMBA2038
Faks6063531696


Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas atau nama ringkasnya SK Kem Gerakhas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kem Sungai Udang.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas memiliki 269 pelajar lelaki dan 261 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 530 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lokasi sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas (SKKGK) terletak dalam kawasan Kem Sungai Udang / Kem Gerakhas dikenali juga dengan nama Kem Komando. Lebih satu kilometer dari Pekan Sungai Udang dan tiga puluh kilometer dari Bandaraya Melaka Bersejarah. Luas kawasan lebih kurang 2 ekar (1600 meter persegi).

Sejarah awal sekolah[sunting | sunting sumber]

Usaha penubuhan sekolah ini dipelopori oleh Lt. Kol. Hussin bin Awang Senik pada tahun 1978 setelah memerhatikan kesukaran anak-anak anggotanya untuk ke sekolah di luar Kem. Sebelumnya, anak-anak anggota Kem terpaksa disekolahkan di tiga belas buah sekolah sekitar luar Kem dengan menggunakan 18 buah trak. Keadaan ini sering mengganggu urusan-urusan ketenteran di dalam Kem. Lantaran itu terbentuklah sebuah sekolah dalam kawasan Kem dan boleh digunakan pada awal Januari 1979, dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN KEM GERAKHAS. Jumlah murid ketika itu adalah 250 orang yang terdiri daripada murid Tahun Empat, Lima, dan Enam. Gurunya pula terdiri daripada 12 orang guru termasuk Guru Besar dan Guru Agama.

Pembangunan fizikal[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhan, Januari 1979, cuma sebuah bangunan sahaja digunakan iaitu bangunan bekas setor menyimpan payung terjun yang terdiri daripada tujuh buah bilik dan 2 buah pejabat.

Pada tahun 1980, sebuah bangunan kantin didirikan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan sebuah bangunan gotong-royong dua bilik darjah telah dibina oleh pihak tentera.

Awal tahun 1981, kantin telah disekat untuk mewujudkan dua bilik darjah lagi.

Pada 22 Februari 1988, sebuah bangunan tiga bilik darjah (Blok B) telah dibina di pinggir kaki bukit kawasan sekolah.

Pada Mac 1990, sebuah bangunan tiga tingkat (Blok A) telah dibina di kaki bukit hadapan pejabat lama yang mana dapat menyediakan sebuah ruang pejabat, Pusat Sumber Pendidikan Sekolah PSPS), sebuah bilik guru ,7 buah bilik darjah, sebuah surau, sebuah bilik mesyuarat, sebuah setor dan bilik air bagi murid dan guru.

Pada Januari 1991, sebuah bangunan gotong-royong telah dibina (Blok D) yang boleh menyediakan empat buah bilik darjah.

Kawasan padang terjun dan stadium RGK telah digunakan oleh sekolah untuk tempat Pendidikan Jasmani, Sukan dan Padang Permainan. Pada 22 Februari 1993, pihak JKR Kem Sungai Udang telah menjalankan telah menjalankan mengukur dan membina padang sekolah, tetapi sehingga kini masih tertangguh lagi.

Pada awal Januari 2003, bilik kemahiran hidup dan bilik pendidikan seni (Blok B) telah diginakan untuk kelas pendidikan khas yang pada itu terdiri daripada lapan orang murid. Pada masa yang sama juga dua buah bilik di Blok D telah dijadikan Bilik Prasekolah (Dua Kelas Prasekolah) dengan murid seramai 50 orang.

Pada tahun 2003, sebuah Makmal Komputer telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya sepenuhnya pada tahun 2005.

Pada awal Disember 2003, Bilik Setor atau Bilik Warisan telah diubahsuai menjadi sebuah bilik darjah dan siap pada 2 Disember 2003 bagi menempatkan Bilik Kemahiran Hidup dan Bilik BBM. Ini dilakukan melalui peruntukan tahunan daripada Jabatan Pendidikan (Tentera) bagi menempatkan barang-barang berharha sekolah seperti komputer riba, Meja Kotak LCD, alat bantu mengajar PPSMI dan pelbagai lagi. Bilik tersebut telah dilengkapi dengan pemasangan jaring/ gerigi besi.

Dataran Perhimpunan Sekolah (berturap) dan teduhan Kenderaan (6 petak) yang baru, dibina pada tarikh 1 November 2004.

Pada tahun 2005, bilik makan guru bersebelahan dengan kantin sekolah telah diubahsuai dan bilik rawatan juga telah dibina.

Pada bulan Julai 2007, sebuah pondok pengawal telah dibina di pintu masuk sekolah ini dan pada bulan 2007 pula, kerja-kerja naik taraf Bilik Pemulihan Khas telah dibuat. Bilik Pemulihan Khas ini telah siap sepenuhnya pada Januari 2008. Peralatan seperti perabot, televisyen dan radio telah disediakan.

Pada Disember 2007 pula, bangunan kantin sekolah telah diubahsuai dan dicat semula.

Pada November 2008, tempat letak kereta berbumbung telah dibina bersebelahan dengan makmal komputer.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kem Gerakhas
Kem Sungai Udang
76300, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6063531696
Fax = 6063531697

Portal Rasmi : http://melaka.moe.edu.my/skkemgerakhas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]