Sekolah Kebangsaan Kemasek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kemasek

Lencana Sekolah Kebangsaan Kemasek
Lokasi
Kemasek,, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
DitubuhkanAwal tahun 1920-an
Nombor sekolah09-8640643
Kod sekolahTBA2015[1]
Guru besarMoktar Bin Mohamad Desa
GPK Pentadbiran dan AkademikHaslinda Binti Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMd Zaidi Bin Moahamad
Penolong Kanan KokurikulumSazila Binti Abu Bakar
Faks09-8640632
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Kebangsaan Kemasek merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ayer Jernih , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kemasek telah dibina pada awal tahun 1920an. Ia dibuka atas inisiatif En. Abdul Rahman Bin Ab. Majid bersama dengan beberapa orang penduduk kampung Kemasek. Setelah bangunan sekolah siap dibina, En. Abd Rahman sendiri mengambil tugas sebagai Guru Besar yang pertama sehingga tahun 1921.

Diawal pembinaannya, bangunan sekolah hanyalah sebagai sebuah bangsal yang terletak di persimpangan jalan. Pada tahun 1942, semasa pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, sekolah ini telah dijadikan tempat belajar bahasa Jepun kepada penduduk tempatan.Setelah tamat zaman pemerintahan Jepun, bangunan sekolah telah diubah ke tapak sekarang.

Pada tahun 1958, bangunan bangsal telah ditukar kepada satu blok bangunan batu yang mengandungi 7 buah bilik darjah.Kemudian pada tahun 1980 dibina pula bangunan 2 tingkat tambahan yang terdiri dari bilik pejabat, bilik guru dan 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1983, JKR telah membina bangunan kilat 4 bilik darjah lagi. Seterusnya tahun 1987 satu bangunan kilat pula didirikan oleh JPNT dan 1989 didirikan pula sebuah kantin dan pagar sekolah yang baru.

Dan pada masa sekarang, 2 buah blok bangunan baru juga sedang giat di bina dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2011. Pada tahun 2009 jumlah murid telah dicatatkan sehingga mencapai 800 orang dengan 4 buah blok bangunan.

Penghujung tahun 2011, bangunan baru yang dibina telah pun siap sepenuhnya dan mula di duduki bermula tahun 2012. Bangunan-bangunan baru ini juga turut dilengkapi dengan bilik pentadbiran, bilik-bilik khas dan bilik darjah yang cukup selesa. Jumlah guru juga semakin meningkat hingga mencapai seramai 52 orang guru secara keseluruhannya.

Buat masa kini, Sekolah Kebangsaan Kemasek diterajui oleh Encik Mokhtar Bin Mohamad Desa sebagai guru besar sejak 2018 hingga sekarang. 2009

Alamat/Contact[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kemasek
24200 Kemasek, Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-8640643
Fax : 09-8640632
E-Mel : skkemasek_tba2015@yahoo.com
Blog Rasmi : http://skkemasektba2015.blogspot.com


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]