Sekolah Kebangsaan Kerukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kerukan
Lokasi
Kuala Penyu, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan
MotoIlmu Neraca Hidup
Nombor sekolah087-897081
Kod sekolahXBA 6305
Pengerusi PIBGEncik Mohd Ariffin Bin Haji Jasri
PengetuaEncik Saruji Bin Saidi
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Fatin Hamamah Bt. Mohd Amri
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Norisah Bt. Tawih
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohammad Zairy Azren Bin Jainal@Zainal
Faks087-897081
Laman sesawang
Map


Sekolah Kebangsaan Kerukan atau nama ringkasnya SK Kerukan, merupakan salah sebuah sekolah daripada 26 buah sekolah di daerah Kuala Penyu, Sabah. Nama SK Kerukan di ambil daripada nama kampung tersebut iaitu Kampung Kerukan, yang mana kampung tersebut di namakan sempena seekor Ikan Karuk ( Ikan Puyu ).

Pada tahun 2022, Sekolah Kebangsaan Kerukan mencatatkan enrolmen seramai 51 murid lelaki dan 50 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 101 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru dan 3 orang AKP.2016

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SK Kerukan ditubuhkan pada 1 Januari 1947. Pada awal penubuhan, sekolah ini dikenali sebagai G.P.S Kerukan, Kuala Penyu. Wujudnya sekolah ini adalah atas perancangan mantan Ketua Kampung Kerukan, Allahyarham Encik Lastam Bin Haji Dulakim dengan kerjasama penduduk kampung pada ketika itu.

Pada awal SK Kerukan ditubuhkan, penduduk setempat bergotong-royong membina sekolah yang berasaskan tiang kayu, berdinding dan beratapkan pelepah rumbia, serta bermeja dan berkerusikan kayu.

Setelah Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia, maka kerajaan sedikit demi sedikit menambah dan membangunkan beberapa buah bangunan yang baharu untuk keselesaan murid-murid dan guru. Seiring dengan peredaran arus kemodenan, SK Kerukan kini mempunyai fasiliti dan kemudahan yang kondusif, selesa serta moden sesuai dengan peredaran zaman masa kini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kerukan
Peti Surat 123
89747, Kuala Penyu
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-897081
Fax = 087-897081

Pautan luar[sunting | sunting sumber]