Sekolah Kebangsaan Kita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Sekolah Kebangsaan Kita
MotoUsaha Tangga Kejayaan
JenisSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah berasrama
Guru BesarAhmad Haji Taip
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikRosita Suyah Sauh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNorlieza Haji Saait
Penolong Kanan KokurikulumRohedee Samsu
Kod sekolahYBA4406[1]
Lokasi Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis 98150, Bekenu,, Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia
Kemasukan PelajarPrasekolah, Tahun 1 sehingga Tahun 6
TelefonTIADA
FaksTIADA


Sekolah Kebangsaan Kita atau nama ringkasnya SK Kita, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kita memiliki 109 pelajar lelaki dan 93 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 202 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah ini belum dapat dikenalpasti dengan terperinci, namun mengikut bekas pelajar, sekolah ini dibuka pada tahun 1952 oleh seorang lelaki berketurunan Arab. Sekolah ini mengalami perubahan pengurusan sekolah dari semasa ke semasa. Pada awal penubuhannya, ia dibiayai sendiri, kemudian berada di bawah Majlis Daerah Subis. Kini ia diuruskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak di Kampung Sepupok, pekan Niah, kira-kira 46 km dari Bandaraya Miri. Terdapat Pusat Internet 1 Malaysia yang terletak di belakang sekolah ini.

Pentadbiran dan pelajar[sunting | sunting sumber]

Kini sekolah ini ditadbir oleh guru besar semasa, Encik Ahmad bin Haji Taip. Beliau dibantu oleh penolong-penolong kanan untuk mengurus sekolah. Pada tahun 2017, sekolah ini mempunyai 298 orang pelajar, 176 pelajar lelaki dan 122 pelajar perempuan serta 22 orang guru.

Fasiliti[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mempunyai 11 buah kelas, sebuah pejabat am yang menempatkan pejabat guru besar serta penolong kanan, sebuah pejabat guru, sebuah kelas pemulihan khas, sebuah perpustakaan, sebuah biik kaunseling, 5 buah rumah guru, sebuah gelanggang serbaguna, sebuah asrama lelaki, sebuah asrama perempuan, sebuah dapur asrama, sebuah bilik buku teks, sebuah surau, 3 buah taman prasekolah, sebuah blok prasekolah, sebuah pondok ilmu, dua buah tandas sekolah, sebuah pondok pengawal, sebuah stor sukan dan sebuah padang.

Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), terdapat 4 mata pelajaran teras yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah.

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kita
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis
98150, Bekenu
Sarawak, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]