Sekolah Kebangsaan Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Klang
Sederap Menggarap Kecemerlangan
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalan Dato Hamzah, Klang, Selangor
Malaysia
Koordinat3°02′24.4″N 101°27′02.0″E / 3.040111°N 101.450556°E / 3.040111; 101.450556
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Suluh Hidup
Autoriti pendidikanPPD Klang
Nombor sekolah0333712957
Kod sekolahBBA0001
Guru besarEn Sairi 2011-2014

En Khalib 2014-2017 Puan Rozita 2017-2020 Encik Hasni 2020-2022 Puan Rozana Adam 2022-2024

Puan Norshahima 2024- kini
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Zuraida binti Kamsyah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sunita binti Ngawitu
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Ezanee
Faks0333712957
Laman sesawang
Lokasi SK Klang di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Klang merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Dato' Hamzah, Klang, Selangor, Malaysia. Pada Jun 2024, SK Klang mempunyai jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 586 orang dan termasuk 55 orang guru.[1] Kod bagi sekolah ini ialah BBA0001.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Klang dibuka pada 2 September 1939 bersamaan hari Sabtu, yang mengandungi 2 buah blok bangunan.

Ketika mula dibuka terdapat seramai 12 orang guru, kesemuanya lelaki yang bertugas, dan 328 orang murid mendaftar pada hari pertama persekolahan. Daripada jumlah tersebut, seramai 143 orang daripadanya adalah dari Sekolah Bukit Raja (Lokasi Bank Islam sekarang) yang telah ditutup kerana tidak digunakan lagi.

Sekolah ini pada awalnya dikenali sebagi Sekolah Melayu Laki-Laki Klang. Murid perempuan bersekolah di Sekolah Pengkalan Batu (lokasi Belakang Masjid India) Klang yang lama, dijadikan sekolah kanak-kanak perempuan yang berpindah dari Sekolah Bukit Raja. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Haji Md. Sidin Bin Haji Md. Rasad.

Pada tahun 1976, Sekolah Kebangsaan telah membuka sebuah program Khas bagi murid berkeperluan Khas PENGLIHATAN. Pada ketika itu SK Klang menerima 3 murid buta pertana yang diajar secara inklusif penuh dan dikawal selia oleh seorang guru resos.

Pada tahun 2015, PPKI SK Klang telah menerima peruntukkan dan membangunkan blok PPKI yang dinamakan sebagai Blok Teratai.Pada tahun 2024, jumlah murid PPKI adalah seramai 21 orang dengan 10 orang guru PPKI.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan menjadi Juara Bola Sepak Peringkat Daerah Klang pada tahun 2011
  • juara Daerah Klang dua tahun berurut turut pada tahun 2011 dan 2012.
  • Sekolah Kebangsaan Klang, juara dalam Pertandingan Perkusi dan Alat Muzik dalam Daerah Klang pada tahun 2012.
  • Pada Tahun 2023 merupakan satu sejarah apabila mana, salah seorang guru SK Klang telah menerima anugerah dan merupakan wakil tinggal Malaysia dalam Anugerah Global Teacher Prize.
  • Pada tahun tersebut Cikgu Wan Muadzam bin Wan Abidin tercalon sebagai TOP 50 Global Teacher Prize 2023 di UESCO gFrance . Beliau telah mencipta sebuah alat Bantu mengajar berinovasi yang dinamakan sebagai Caballus Rafvi.Alat ini membantu murid OKU Penglihatan untuk b dan bersukan.rlari.

[2]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Klang
Jalan Dato' Hamzah
Selangor,  Malaysia
Telefon = 0333712957
Fax = 0333712957

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.
  2. ^ "SK KLANG JUARA PERTANDINGAN PERKUSI DAN ALAT MUZIK DAERAH KLANG 2012". SK Klang. 25 Mei 2012. Dicapai pada 27 Mac 2021. no-break space character in |title= at position 64 (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]