Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis
Lokasi
Jalan Sungai Tong,, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098241817
Kod sekolahTBA5033[1]
Faks6098241099
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Tong , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis memiliki 40 pelajar lelaki dan 58 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 98 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis telah dibina secara gotong-royong pada tahun1953 di Kampung Kuala Jenderis.Ia dibina hasil pemuafakatan penduduk dua buah kampung iaitu Kampung Kuala Jenderis dan Kampung Chapu.

Menurut JKK Kampung Kuala Jenderis ,Tuan Haji Awang Bin Pipir , sekolah ini menjadi kebanggaan penduduk setempat.Dengan terbinanya sekolah ini, anak-anak penduduk kedua-dua kampung lebih mudah untuk ke sekolah kerana sebahagian besar penduduk berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang lebih jauh.

Salah seorang bekas murid sekolah ini telah mengharumkan nama SK Kuala Jenderis dengan berjaya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu. YB Rozi Bin Mamat , anak jati Kampung Chapu sekarang telah menjadi EXCO Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis sekarang terletak di lereng bukit betul-betul di persimpangan jalan menuju ke Empangan Kenyir Gawi, 27 kilometer dari Bandar Kuala Berang.Sekolah ini pernah mengharumkan nama Hulu Terengganu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2003 dengan muncul sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan. Ini membuktikan bahawa anak - anak penduduk Kampung Kuala Jenderis dan Kampung Chapu berupaya untuk maju ke hadapan


Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Kuala Jenderis
Jalan Sungai Tong , Kuala Berang , Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098241817
Fax = 6098241099

Pautan luar[sunting | sunting sumber]